Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 71
sebagaimana yang dipotong bahagian yang berikut:
Undang-Undang Malaysia 22
Akta A1785
“Bahagian Xa
PEMERIKSAAN PENYEDIA LATIHAN KEMAHIRAN
Kuasa untuk memeriksa penyedia latihan kemahiran 71a. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dari semasa ke semasa, memeriksa mana-mana penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah Akta ini bagi maksud memastikan bahawa Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini telah dan sedang dipatuhi.
(2)
Bagi maksud pemeriksaan di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa boleh—
(a)
memasuki, pada bila-bila masa, mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara tetap atau selainnya, oleh penyedia latihan kemahiran bagi maksud menyediakan latihan kemahiran atau latihan lain;
(b)
memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
(c)
menghendaki mana-mana orang, yang merupakan seorang anggota lembaga pengarah, seorang pekerja, atau seorang pelatih penyedia latihan kemahiran itu, supaya mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang berada dalam milikan atau jagaan atau di bawah kawalan orang itu atau yang berada dalam kuasanya untuk diberi—
(i)
yang berhubungan dengan pengurusan penyedia latihan kemahiran itu; atau
(ii)
yang berhubungan dengan program latihan kemahiran atau program latihan lain yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu; dan
(d)
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang diperiksa di bawah perenggan (c).
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
23
Bahagian Xb
PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN
Pegawai diberi kuasa 71b. Bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, secara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai
Perbadanan untuk menjalankan kuasa pemeriksaan dan kuasa penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini.
Kuasa pegawai diberi kuasa 71c. Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan di bawah Bahagian Xa dan menjalankan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Kuasa pemeriksaan 71d. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tahu tentang fakta dan hal keadaan sesuatu kes untuk hadir di hadapannya dan untuk diperiksa secara lisan dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.
(2)
Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.
Pengemukaan dokumen, dsb.
Quoted provision
Seksyen 71e
Semasa menjalankan suatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa boleh—
(a)
menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain; dan
Undang-Undang Malaysia 24
Akta A1785
(b)
memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain.
Penyitaan dokumen, dsb.
Quoted provision
Seksyen 71f
Jika seseorang pegawai diberi kuasa kuasa yang menjalankan suatu pemeriksaan atau penyiasatan di bawah
Akta ini mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini, dia boleh menyita apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang dikemukakan di bawah seksyen 71e dan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang disita itu, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.
Permohonan waran geledah 71g. Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan, sedang digunakan atau hendak digunakan bagi, atau terdapat di dalam mana-mana premis, keterangan yang diperlukan untuk membuktikan perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh memohon bagi suatu waran geledah daripada seorang Majistret dengan cara mengemukakan maklumat bertulis secara bersumpah.
Kuasa Majistret untuk mengeluarkan waran geledah 71h. Jika Majistret berpuas hati bahawa adanya perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah yang membenarkan pegawai diberi kuasa, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—
(a)
untuk memasuki premis itu, dengan kekerasan jika perlu;
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
(b)
untuk menggeledah dan menyita, dan mengambil apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan, atau barang lain—
(i)
yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan;
(ii)
yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau
(iii)
yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan tentang perlakuan kesalahan itu;
(c)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, supaya boleh memasuki ke dalamnya;
(d)
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang kuasa untuk melakukannya diberikan kepadanya;
atau
(e)
menahan tiap-tiap orang yang berada di dalam premis itu sehingga premis itu selesai diperiksa.
Pengemukaan kad kuasa 71i. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa apabila menjalankan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat itu, kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Perbadanan untuk dibawa oleh pegawai itu.
(2)
Kad kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta A1785
Tiada hak terhadap kos prosiding, ganti rugi atau relief lain, dsb.
Quoted provision
Seksyen 71j
Tiada seorang pun hendaklah, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disita atau ditahan dalam penjalanan atau berupa menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain suatu perintah untuk pemulangan benda yang disita atau ditahan itu, atau bayaran berdasarkan nilainya melainkan penyitaan atau penahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau berpatutan.”.
Pindaan seksyen 72