Malaysia legislation

Section 37

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 37

Pindaan seksyen 74

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b)

dalam subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula, dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang, berkenaan dengannya suatu pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran telah diluluskan tetapi sebelum pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran tersebut dibayar, membuat apa-apa pernyataan yang diketahuinya palsu, atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau dengan sengaja

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

27

menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan dalam apa-apa butir material, dengan niat supaya pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran itu dibayar kepadanya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 75

Section 37 — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026