Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PINDAAN) 2025

Seksyen 11

Pindaan seksyen 13

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah menyimpan suatu rekod semua transaksi atau aktiviti domestik dan antarabangsa.”;

(b)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “transaksi”

di mana-mana jua terdapat perkataan

“atau aktiviti”;

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (b)

perenggan yang berikut:

“(ba) identiti dan alamat orang yang berupa sebagai bertindak bagi pihak pelanggan dalam membuka akaun atau bagi menjalankan transaksi atau aktiviti itu, jika berkenaan;”; dan

(iii)

dengan memotong perkataan “secara bertulis”;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1761

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Bagi maksud subseksyen (2) dan (3), pihak berkuasa berwibawa boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu sebagaimana yang didapati perlu oleh pihak berkuasa berwibawa.

(3b)

Institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3a).”;

(d)

dengan memotong subseksyen (4); dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) sebagaimana yang dipotong subseksyen yang berikut:

“(5)  Mana-mana institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang melanggar subseksyen (1) atau (3b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.”.

Pindaan seksyen 14