suatu perintah yang menahan orang itu daripada memperoleh, melupuskan atau selainnya membuat urusan tentang harta yang mengenainya mahkamah berpuas hati bahawa orang itu mungkin semunasabahnya akan melupuskan atau selainnya membuat urusan tentang harta itu;
(ee) jika seseorang itu telah enggan atau tidak, atau masih enggan atau tidak, atau bercadang untuk enggan atau tidak, melakukan apa-apa perbuatan yang orang itu dikehendaki untuk melakukannya di bawah mana-mana peruntukan
Akta ini, suatu perintah yang menghendaki orang itu untuk melakukan perbuatan itu;
(ff) dalam hal jika orang itu ialah seorang ketua pegawai eksekutif, pengarah atau pengurus yang bertanggungjawab ke atas suatu institusi pelapor atau institusi, suatu perintah yang memecat orang itu daripada jawatannya atau dia dihalang daripada menjadi seorang ketua pegawai eksekutif, pengarah atau pengurus institusi pelapor atau institusi itu, atau untuk terlibat dalam pengurusan, secara langsung atau tidak langsung, institusi pelapor atau institusi itu bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah; atau
(gg) apa-apa perintah sampingan yang disifatkan wajar berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah perenggan (aa), (bb), (cc), (dd), (ee) atau (ff).
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada
Aktiviti Haram (Pindaan)