Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PINDAAN) 2025

Seksyen 12

Seksyen 14 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “transaksi” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau aktiviti”;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada

Aktiviti Haram (Pindaan)

(ii)

dalam perenggan (c)—

(A)

dengan memasukkan selepas perkataan

“transaksi” di mana-mana jua terdapat perkataan “, aktiviti”; dan

(B)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (c)

perenggan yang berikut:

“(d) apa-apa transaksi, aktiviti atau harta jika mana-mana pegawai atau pekerja institusi pelapor itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa transaksi, aktiviti atau harta yang terlibat itu berhubungan atau berkaitan dengan, digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi atau oleh, mana-mana aktiviti terhad, pencambah atau orang yang membiayai aktiviti terhad;

(e)

apa-apa transaksi atau aktiviti mencurigakan sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa.”;

(b)

dengan memotong subseksyen (2); dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) sebagaimana yang dipotong subseksyen yang berikut:

“(3)  Bagi maksud seksyen ini, pihak berkuasa berwibawa boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu mengenai mekanisme pelaporan dan cara untuk mengesan corak tabiat yang melibatkan transaksi atau aktiviti mencurigakan.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1761

(4)

Institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3).

(5)

Mana-mana institusi pelapor yang melanggar subseksyen (1) atau mana-mana institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.”.

Pindaan seksyen 14a

Section 12 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING AND PROCEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES (AMENDMENT) ACT 2025