Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PINDAAN) 2025

Seksyen 19

Seksyen 21 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“pihak berkuasa pengawasan atau pelesenan” dengan perkataan “pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan atau pihak berkuasa pelesenan”;

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Pihak berkuasa pengawasan yang berkenaan bagi sesuatu institusi pelapor atau seseorang lain yang dianggap sesuai oleh pihak berkuasa pengawasan yang berkaitan itu boleh” dengan perkataan “Pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan bagi sesuatu institusi pelapor boleh”;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada

Aktiviti Haram (Pindaan)

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (a)

perenggan yang berikut:

“(aa) memperoleh daripada institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu apa-apa maklumat, dokumen, rekod atau laporan yang dianggapnya sesuai bagi mengawasi institusi pelapor itu daripada terdedah kepada risiko pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pembiayaan aktiviti terhad;”; dan

(iii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “menerima pakai dan melaksanakan rancangan pematuhan dalam seksyen 19” dengan perkataan “mematuhi peruntukan Bahagian ini”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Bagi maksud perenggan (1)(aa), institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah menyerahkan maklumat, dokumen, rekod atau laporan yang dikehendaki kepada pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan bagi institusi pelapor itu dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu.”;

(d)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“Pihak berkuasa pengawasan yang berkaitan” dengan perkataan “Pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Mana-mana institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang melanggar subseksyen (1a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.”.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1761

Pemotongan seksyen 22