Malaysia legislation

Section 34

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PINDAAN) 2025

Seksyen 34

Seksyen 53 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan” dengan perkataan “subseksyen 4(1)

atau 4a(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad”;

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1761

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (b)

perenggan yang berikut:

“(ba)  harta pencambah;”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “suatu permohonan”

dengan perkataan “suatu permohonan ex parte”;

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan” dengan perkataan “subseksyen 4(1)

atau 4a(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad”;

dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (b)

perenggan yang berikut:

“(ba)  harta pencambah;”;

(c)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “habis tempoh dua belas bulan” dengan perkataan “tamat tempoh lapan belas bulan”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “di bawah

Akta ini” perkataan “atau tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini telah dimulakan berkenaan dengan apa-apa harta yang disita di bawah perintah itu”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Pendakwa Raya boleh, sebelum tamat tempoh perintah di bawah subseksyen (3), membuat suatu permohonan ex parte yang disokong oleh afidavit kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk melanjutkan tempoh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2).

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada

Aktiviti Haram (Pindaan)

(5)

Mahkamah boleh membenarkan permohonan untuk melanjutkan tempoh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4) bagi suatu tempoh tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh tamat tempoh perintah di bawah subseksyen (3).”.

Pindaan seksyen 55