Malaysia legislation

Section 44

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PINDAAN) 2025

Seksyen 44

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 66f seksyen yang berikut:

“Pemeriksaan pematuhan Bahagian VIa 66g.  (1)  Pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memeriksa, mengawas, mengawal selia dan menentusahkan, melalui pemeriksaan kerap, mana-mana institusi di bawah kawal selia atau pengawasannya untuk memastikan institusi itu mematuhi Bahagian ini.

Undang-Undang Malaysia 36

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan boleh memberi seseorang pemeriksa kuasa untuk—

(a)

memeriksa mana-mana rekod atau laporan institusi itu berhubung dengan obligasinya di bawah Bahagian ini, yang disimpan di, atau dapat dicapai dari, premis institusi itu;

(b)

memeriksa apa-apa sistem yang digunakan oleh institusi itu di premisnya bagi menyimpan rekod atau laporan itu;

(c)

menanyakan apa-apa soalan berhubung dengan apa-apa rekod, sistem atau laporan institusi itu;

dan

(d)

membuat apa-apa catatan atau mengambil apa-apa salinan keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana transaksi atau aktiviti perniagaan institusi itu.

(3)

Dalam menjalankan kuasa di bawah subseksyen (2), pemeriksa itu boleh memeriksa—

(a)

seseorang yang, atau pernah pada bila-bila masa, menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi itu;

(b)

seseorang yang, atau pernah pada bila-bila masa, menjadi pelanggan atau selainnya mempunyai urusan dengan institusi itu; atau

(c)

seseorang yang dia percaya tahu tentang fakta dan hal keadaan kes itu, termasuk seseorang juruaudit atau seseorang peguam bela dan peguam cara institusi itu.

(4)

Mana-mana orang yang diperiksa di bawah seksyen ini hendaklah—

(a)

memberikan apa-apa dokumen atau maklumat kepada pemeriksa itu dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh pemeriksa itu; atau

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada

Aktiviti Haram (Pindaan)

(b)

hadir di hadapan pemeriksa itu di pejabatnya apabila dipanggil untuk berbuat demikian pada bila-bila masa yang ditentukan oleh pemeriksa itu.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

(6)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, seseorang ejen, termasuk seseorang juruaudit atau seseorang peguam bela dan peguam cara sesuatu institusi, tidaklah bertanggungan bagi kemungkiran sesuatu kontrak yang berhubungan dengan, atau sesuatu kewajipan, kerahsiaan kerana memberikan apa-apa dokumen atau maklumat kepada pemeriksa itu.”.

Bahagian baharu VIb

Section 44 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING AND PROCEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES (AMENDMENT) ACT 2025