Malaysia legislation

Section 45

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PINDAAN) 2025

Seksyen 45

Akta A1761

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VIa bahagian yang berikut:

“Bahagian VIb

PENUMPASAN KESALAHAN MEMBIAYAI AKTIVITI TERHAD

Kesalahan membiayai aktiviti terhad 66h.  Mana-mana orang yang, secara langsung atau tidak langsung, menyediakan atau menjadikan tersedia perkhidmatan kewangan atau harta—

(a)

dengan niat supaya perkhidmatan kewangan atau harta itu digunakan, atau dengan menyedari atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa perkhidmatan kewangan atau harta itu akan digunakan, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud

Undang-Undang Malaysia 38

Akta A1761

untuk melakukan atau memudahkan pelakuan suatu aktiviti terhad, atau bagi maksud memanfaatkan mana-mana orang yang melakukan atau memudahkan pelakuan suatu aktiviti terhad; atau

(b)

dengan menyedari atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, perkhidmatan kewangan atau harta itu akan digunakan oleh atau akan memanfaatkan mana-mana pencambah, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada harta pencambah itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit, yang mana yang lebih tinggi.

Arahan, dsb., untuk menunaikan obligasi antarabangsa

Kerajaan 66i.  (1)  Bagi maksud Bahagian ini, pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi di bawah kawal selia atau pengawasannya, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi itu sebagaimana yang didapati perlu oleh pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu untuk menunaikan atau memudahkan penunaian apa-apa obligasi yang mengikat Malaysia menurut kuasa sesuatu keputusan

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pencegahan kesalahan membiayai aktiviti terhad.

(2)

Sesuatu institusi, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi itu yang kepadanya suatu arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak dikeluarkan, atau syarat dikenakan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi arahan, petunjuk,

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada

Aktiviti Haram (Pindaan)

39

garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan, kehendak atau syarat itu walau apa pun apa-apa kewajipan lain yang dikenakan ke atas institusi, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi itu oleh mana-mana rukun undang-undang, undang-undang bertulis atau kontrak.

(3)

Sesuatu institusi, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi itu tidak boleh, dalam menjalankan apa-apa perbuatan dengan mematuhi mana-mana arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), dianggap sebagai melanggar mana-mana rukun undang-undang, undang-undang bertulis atau kontrak.

(4)

Mana-mana institusi, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi yang—

(a)

tidak atau enggan mematuhi sesuatu arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan; atau

(b)

melanggar mana-mana arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Pemeriksaan pematuhan Bahagian VIb 66j.  (1)  Pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memeriksa, mengawas, mengawal selia dan menentusahkan, melalui pemeriksaan kerap, mana-mana institusi di bawah kawal selia atau pengawasannya untuk memastikan institusi itu mematuhi Bahagian ini.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta A1761

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan boleh memberi seseorang pemeriksa kuasa untuk—

(a)

memeriksa mana-mana rekod atau laporan institusi itu berhubung dengan obligasinya di bawah Bahagian ini, yang disimpan di, atau dapat dicapai dari, premis institusi itu;

(b)

memeriksa apa-apa sistem yang digunakan oleh institusi itu di premisnya bagi menyimpan rekod atau laporan itu;

(c)

menanyakan apa-apa soalan berhubung dengan apa-apa rekod, sistem atau laporan institusi itu;

dan

(d)

membuat apa-apa catatan atau mengambil apa-apa salinan keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana transaksi atau aktiviti perniagaan institusi itu.

(3)

Dalam menjalankan kuasa di bawah subseksyen (2), pemeriksa itu boleh memeriksa—

(a)

seseorang yang, atau pernah pada bila-bila masa, menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi itu;

(b)

seseorang yang, atau pernah pada bila-bila masa, menjadi pelanggan, atau selainnya mempunyai urusan dengan institusi itu; atau

(c)

seseorang yang dia percaya tahu tentang fakta dan hal keadaan kes itu, termasuk seseorang juruaudit atau seseorang peguam bela dan peguam cara institusi itu.

(4)

Mana-mana orang yang diperiksa di bawah seksyen ini hendaklah—

(a)

memberikan apa-apa dokumen atau maklumat kepada pemeriksa itu dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh pemeriksa itu; atau

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada

Aktiviti Haram (Pindaan)

(b)

hadir di hadapan pemeriksa itu di pejabatnya apabila dipanggil untuk berbuat demikian pada bila-bila masa yang ditentukan oleh pemeriksa itu.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

(6)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, seseorang ejen, termasuk seseorang juruaudit atau seseorang peguam bela dan peguam cara sesuatu institusi, tidaklah bertanggungan bagi kemungkiran sesuatu kontrak yang berhubungan dengan, atau sesuatu kewajipan, kerahsiaan kerana memberikan apa-apa dokumen atau maklumat kepada pemeriksa itu.”.

Pindaan seksyen 76

Section 45 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING AND PROCEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES (AMENDMENT) ACT 2025