Malaysia legislation

Section 52

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PINDAAN) 2025

Seksyen 52

Kecualian

(2)

Apa-apa tindakan, penyiasatan atau prosiding bagi apa-apa kemungkiran atau kesalahan di bawah Akta ibu yang dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh kuat kuasa Akta ini, dijalankan seolah-olah

Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(3)

Apa-apa obligasi, pemberian kuasa, liabiliti, penalti atau hukuman yang dikenakan, dibuat, terakru atau ditanggung di bawah Akta ibu, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah

Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(4)

Apa-apa obligasi atau liabiliti di bawah mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh atau perjanjian yang dibuat dengan pihak berkuasa berwibawa di bawah subseksyen 22(3) Akta ibu hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(5)

Apa-apa perintah, peraturan-peraturan, arahan, petunjuk, pekeliling, garis panduan, penentuan, notis atau kehendak yang dibuat atau diberikan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa Akta ibu, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat atau diberikan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan orang yang perintah, peraturan-peraturan, arahan, petunjuk, pekeliling, garis panduan, penentuan, notis atau kehendak itu terpakai baginya sehingga dibatalkan.