Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7
seksyen yang berikut:
“Fungsi pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan 7a. (1) Menteri Kewangan boleh, atas syor pihak berkuasa berwibawa dan setelah berunding dengan Menteri Dalam Negeri bagi maksud Bahagian VIa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melantik mana-mana orang untuk menjadi pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan dan orang itu hendaklah mempunyai segala fungsi yang diberikan kepada pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan.
(2)
Pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan boleh, setelah berunding dengan Menteri Dalam Negeri bagi maksud
Bahagian VIa, memberikan kuasa kepada mana-mana pegawainya atau mana-mana orang lain untuk melaksanakan mana-mana atau kesemua fungsinya di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan.”.
Pindaan seksyen 8