Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 11

Tertakluk pada seksyen 12, tiada seorang pun yang telah mendapat maklumat daripada pihak berkuasa berwibawa di bawah

Bahagian IV boleh—

(a)

semasa dia diberi kebenaran di bawah seksyen 9, menzahirkan atau menyampaikan maklumat itu kecuali kepada seorang pegawai lain yang diberi kebenaran di bawah seksyen itu, bagi maksud, atau berkaitan dengan, pelaksanaan tugasnya; dan

(b)

apabila dia tidak lagi diberi kebenaran di bawah seksyen 9, membuat rekod maklumat itu, atau menzahirkan atau menyampaikan maklumat itu dalam apa-apa hal keadaan.

Penzahiran yang dibenarkan

Section 11 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001