Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Pihak berkuasa berwibawa boleh membuat perjanjian atau perkiraan, secara bertulis, dengan pihak berkuasa yang bersamaan suatu Negara asing mengenai pertukaran, antara pihak berkuasa berwibawa dengan pihak berkuasa yang bersamaan itu, maklumat yang pihak berkuasa berwibawa itu atau pihak berkuasa yang bersamaan itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki akan berkaitan dengan penyiasatan atau pendakwaan sesuatu kesalahan pengubahan wang haram atau kesalahan membiayai keganasan atau kesalahan yang pada sebahagian besarnya adalah serupa dengan mana-mana satu kesalahan itu.
(3)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang lain, pihak berkuasa berwibawa boleh menyampaikan apa-apa maklumat yang dilaporkan kepadanya di bawah seksyen 14 atau apa-apa maklumat lain yang diterima olehnya atau yang dizahirkan kepadanya oleh mana-mana orang di bawah Akta ini kepada pihak berkuasa yang bersamaan sesuatu Negara asing jika—
(a)
pihak berkuasa berwibawa itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa maklumat itu akan berkaitan dengan penyiasatan atau pendakwaan sesuatu kesalahan pengubahan wang haram atau kesalahan membiayai keganasan atau sesuatu kesalahan yang pada
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
sebahagian besarnya adalah serupa dengan mana-mana satu kesalahan itu; dan
(b)
sama ada—
(i)
Menteri Kewangan telah, mengikut subseksyen (1), membuat perjanjian atau perkiraan dengan Negara asing itu berkenaan dengan pertukaran maklumat itu;
atau
(ii)
pihak berkuasa berwibawa telah, mengikut subseksyen (2), membuat perjanjian atau perkiraan dengan pihak berkuasa yang bersamaan itu berkenaan dengan pertukaran maklumat itu, yang di bawah perjanjian atau perkiraan itu pihak berkuasa yang bersamaan Negara asing itu telah bersetuju untuk menyampaikan kepada pihak berkuasa berwibawa itu, atas permintaan pihak berkuasa berwibawa itu, maklumat yang diterima oleh pihak berkuasa yang bersamaan itu yang bersamaan dengan apa-apa maklumat yang dikehendaki supaya dilaporkan kepada pihak berkuasa berwibawa itu di bawah seksyen 14 atau apa-apa maklumat lain yang diterima oleh atau yang dizahirkan kepada pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta ini; dan
(c)
pihak berkuasa berwibawa itu berpuas hati bahawa pihak berkuasa yang bersamaan itu telah memberikan aku janji yang berkenaan—
(i)
bagi melindungi kerahsiaan apa-apa maklumat yang disampaikan kepadanya; dan
(ii)
bagi mengawal penggunaan maklumat itu, termasuklah suatu aku janji bahawa maklumat itu tidak akan digunakan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding lain.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
31
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
(4)
Pihak berkuasa berwibawa hendaklah merekodkan secara bertulis sebab bagi semua keputusan yang dibuat di bawah perenggan (3)(a) untuk menyampaikan apa-apa maklumat.
(5)
Dalam seksyen ini, “pihak berkuasa yang bersamaan”, berhubung dengan sesuatu Negara asing, ertinya pihak berkuasa
Negara asing itu yang bertanggungjawab bagi menerima maklumat yang bersamaan dengan apa-apa maklumat yang dikehendaki supaya dilaporkan kepada sesuatu pihak berkuasa berwibawa di bawah seksyen 14.
Penzahiran yang dilarang