Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Usaha wajar pelanggan
(a)
tidak boleh membuka atau mengendalikan mana-mana akaun yang namanya tidak diketahui atau mana-mana akaun atas suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul;
(b)
tidak boleh mengadakan atau menjalankan apa-apa hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti yang melibatkan suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul; dan
(c)
hendaklah menyenggara—
(i)
akaun atas nama pemegang akaun itu; dan
(ii)
rekod atau maklumat mengenai mana-mana hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti atas nama pelanggan itu.
(2)
Sesuatu institusi pelapor hendaklah menjalankan langkah-langkah usaha wajar pelanggan dalam semua atau mana-mana hal keadaan yang berikut:
(a)
mengadakan atau menjalankan hubungan perniagaan, menjalankan mana-mana transaksi dengan pelanggan atau menjalankan mana-mana aktiviti bagi atau bagi pihak pelanggan, sama ada pelanggan itu adalah pelanggan sekali sekala atau tetap, termasuk apabila membuka akaun atau buku akaun baru, membuat mana-mana transaksi fidusiari, menyewa peti simpan selamat, melaksanakan mana-mana transaksi atau aktiviti lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa;
*CATATAN—Peruntukan seksyen 16 Akta ini hendaklah digunakan berkenaan dengan mana-mana orang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731]–lihat P.U. (A) 144/2014 yang berkuat kuasa pada 27 Mei 2014.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
(b)
transaksi atau aktiviti yang hendak dijalankan melebihi amaun yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa;
(c)
terdapat syak yang munasabah mengenai pelakuan kesalahan pengubahan wang haram atau kesalahan membiayai keganasan;
(d)
terdapat keraguan yang munasabah mengenai kebenaran atau kecukupan data pengenalan pelanggan yang diperoleh sebelumnya.
(3)
Sesuatu institusi pelapor, dalam menjalankan langkah-langkah usaha wajar pelanggan, hendaklah—
(a)
menentukan identiti, sifat perwakilan, domisil, sifat di sisi undang-undang, pekerjaan atau tujuan perniagaan mana-mana orang, sama ada orang itu adalah pelanggan sekali sekala atau tetap;
(b)
menentusahkan, dengan cara yang boleh dipercayai atau daripada sumber bebas, atau daripada mana-mana dokumen, data atau maklumat, identiti, sifat perwakilan, domisil, sifat di sisi undang-undang, pekerjaan atau tujuan perniagaan mana-mana orang, melalui penggunaan dokumen yang termasuk kad pengenalan, pasport, sijil kelahiran, lesen memandu, dokumen konstituen atau mana-mana dokumen rasmi atau persendirian lain serta maklumat pengenalan lain yang berhubungan dengan orang itu, sama ada orang itu adalah pelanggan sekali sekala atau tetap;
(c)
menentusahkan identiti dan kuasa mana-mana orang yang berupa sebagai bertindak bagi pihak pelanggan dalam membuka akaun, menjalankan mana-mana transaksi atau menjalankan mana-mana aktiviti;
(d)
mengambil langkah yang munasabah untuk memperoleh dan merekodkan maklumat mengenai identiti sebenar mana-mana orang yang bagi pihaknya akaun dibuka atau transaksi atau aktiviti dijalankan jika terdapat keraguan munasabah bahawa orang itu tidak bertindak bagi pihak
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
39
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram dirinya sendiri, terutamanya jika orang itu tidak menjalankan apa-apa operasi komersial, kewangan atau perindustrian di Negara asing di mana orang itu mempunyai ibu pejabat atau domisilnya; dan
(e)
mengambil langkah yang munasabah untuk menentusahkan identiti orang sebenar yang memiliki atau menjalankan kawalan berkesan atas pelanggan yang bukan orang sebenar.
(4)
Sesuatu institusi pelapor hendaklah menjalankan usaha wajar yang berterusan atas semua akaun, hubungan perniagaan, transaksi dan aktiviti.
(5)
Pihak berkuasa berwibawa hendaklah, setelah berunding dengan pihak berkuasa pengawasan yang berkaitan bagi sesuatu institusi pelapor (jika ada), mengeluarkan apa-apa arahan atau garis panduan kepada institusi pelapor mengenai penjalanan langkah-langkah usaha wajar pelanggan yang didapatinya perlu—
(a)
untuk memberikan kuat kuasa sepenuhnya kepada standard yang diterima di peringkat antarabangsa bagi pengesanan atau pencegahan kesalahan pengubahan wang haram atau kesalahan membiayai keganasan; dan
(b)
untuk menentukan langkah-langkah usaha wajar pelanggan tambahan yang hendaklah dijalankan oleh institusi pelapor.
(6)
Sesuatu institusi pelapor hendaklah merekodkan apa-apa maklumat, data atau butir-butir yang diperoleh di bawah seksyen ini dan hendaklah, atas permintaan secara bertulis, mengemukakan suatu salinan rekod itu kepada pihak berkuasa berwibawa.
(7)
Bagi maksud Bahagian ini—
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
(a)
“transaksi” dan “aktiviti” termasuklah suatu transaksi atau aktiviti tunggal atau suatu siri transaksi atau aktiviti, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b)
“orang” termasuklah mana-mana orang yang menjadi penama, ejen, benefisiari, pemilik benefisial atau prinsipal dan mana-mana orang lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa berhubung dengan sesuatu transaksi atau aktiviti.
Penyimpanan Rekod