Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 17

(2)

Sesuatu institusi pelapor hendaklah menyenggara rekod bagi membolehkan pembentukan semula apa-apa transaksi yang melebihi apa-apa amaun yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa di bawah seksyen 14, selama tempoh sekurang-kurangnya enam tahun dari tarikh transaksi itu disempurnakan atau dibatalkan.

(3)

Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai jika sesuatu institusi pelapor telah menghantar akaun, rekod, surat-menyurat perniagaan dan dokumen itu kepada pihak berkuasa berwibawa atau suatu agensi penguat kuasa.

(4)

Mana-mana institusi pelapor yang melanggar subseksyen (1)

atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

41

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

Pembukaan akaun atau penjalanan hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti atas nama rekaan, palsu atau tidak betul

*18. (1) Tiada seorang pun boleh—

(a)

membuka, mengendalikan atau memberi kuasa pembukaan atau pengendalian sesuatu akaun; atau

(b)

mengadakan, menjalankan atau melaksanakan apa-apa hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti, dengan sesuatu institusi pelapor atas suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul.

(2)

Jika seseorang itu lazimnya dikenali dengan dua nama atau lebih, orang itu tidak boleh menggunakan mana-mana daripada nama itu apabila—

(a)

membuka, mengendalikan atau memberi kuasa pembukaan atau pengendalian sesuatu akaun; atau

(b)

mengadakan, menjalankan atau melaksanakan apa-apa hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti, dengan sesuatu institusi pelapor melainkan jika orang itu telah menzahirkan sebelumnya nama atau nama-nama yang lain itu kepada institusi pelapor itu.

(3)

Jika seseorang yang menggunakan sesuatu nama tertentu dalam urusannya dengan sesuatu institusi pelapor menzahirkan kepadanya nama atau nama-nama yang berlainan yang dengannya dia lazimnya dikenali, institusi pelapor itu hendaklah membuat suatu rekod tentang penzahiran itu, dan hendaklah, atas permintaan secara



*CATATAN—Peruntukan seksyen 18 Akta ini hendaklah digunakan berkenaan dengan mana-mana orang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731]–lihat P.U. (A) 144/2014 yang berkuat kuasa pada 27 Mei 2014.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

bertulis daripada pihak berkuasa berwibawa, memberi pihak berkuasa berwibawa itu suatu salinan rekod itu.

(4)

Bagi maksud perenggan (1)(a) dan (2)(a)—

(a)

seseorang membuka suatu akaun atas nama rekaan, palsu atau tidak betul jika orang itu, dalam membuka akaun itu, atau dalam menjadi seorang penandatangan kepada akaun itu, menggunakan suatu nama selain nama yang dengannya dia lazimnya dikenali;

(b)

seseorang mengendalikan suatu akaun atas nama rekaan, palsu atau tidak betul jika orang itu melakukan apa-apa perbuatan atau benda berhubung dengan akaun itu (sama ada melalui suatu pendepositan atau pengeluaran atau melalui komunikasi dengan institusi pelapor yang berkenaan atau selainnya) dan, dengan berbuat demikian, menggunakan suatu nama selain nama yang dengannya dia lazimnya dikenali; dan

(c)

sesuatu akaun adalah atas nama palsu jika akaun itu telah dibuka atas suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa seksyen ini.

(5)

Bagi maksud perenggan (1)(b) dan (2)(b)—

(a)

seseorang mengadakan sesuatu hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti atas nama rekaan, palsu atau tidak betul jika orang itu, dalam mengadakan hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti itu, atau dalam menjadi penandatangan kepada mana-mana perjanjian atau perkiraan, menggunakan suatu nama selain nama yang dengannya dia lazimnya dikenali;

(b)

seseorang mengadakan atau melaksanakan suatu hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti atas nama rekaan, palsu atau tidak betul jika orang itu melakukan apa-apa perbuatan atau benda berhubung dengan

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

43

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti itu (sama ada melalui komunikasi dengan institusi pelapor yang berkenaan atau selainnya) dan, dengan berbuat demikian, menggunakan suatu nama selain nama yang dengannya dia lazimnya dikenali; dan

(c)

sesuatu hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti adalah atas nama palsu jika ia telah diadakan atas suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa seksyen ini.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Rancangan pematuhan

Section 17 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001