Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(2)
Pihak berkuasa berwibawa, melalui permohonan kepada
Mahkamah Majistret dan memuaskan Mahkamah itu bahawa sesuatu institusi pelapor itu telah gagal tanpa alasan yang munasabah untuk mematuhi keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana obligasi dalam Akta ini, hendaklah mendapat suatu perintah terhadap mana-mana atau kesemua pegawai atau pekerja institusi pelapor itu atas terma sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Mahkamah untuk menguatkuasakan pematuhan dengan obligasi itu.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), pihak berkuasa berwibawa boleh mengarahkan atau membuat perjanjian dengan mana-mana institusi pelapor yang telah tanpa alasan munasabah tidak mematuhi sepenuhnya atau sebahagiannya mana-mana obligasi dalam Bahagian ini bagi melaksanakan apa-apa rancangan tindakan untuk memastikan pematuhan obligasinya di bawah Bahagian ini.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi sesuatu arahan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.