Malaysia legislation
Section 28L
Seksyen 28L
Pelucuthakan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang ditahan
(2)
Tertakluk pada seksyen 61, jika berkenaan dengan apa-apa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau apa-apa benda yang digunakan dalam pelakuan sesuatu kesalahan yang disita di bawah
Bahagian ini tiada pendakwaan atau sabitan bagi suatu kesalahan di bawah Bahagian ini, Pendakwa Raya hendaklah, sebelum tamat tempoh dua belas bulan dari tarikh penyitaan itu, memohon kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan suatu perintah pelucuthakan wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika dia berpuas hati
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
59
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram bahawa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda itu adalah hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu.
(3)
Hakim yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah membuat suatu perintah bagi pelucuthakan wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau apa-apa benda lain yang digunakan dalam pelakuan sesuatu kesalahan jika dia berpuas hati bahawa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda itu adalah hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Bahagian ini.