Skip to content

Bahagian V · Penyiasatan

29. Penyiasatan oleh pihak berkuasa berwibawa dan agensi penguat kuasa

Feedback & support
(1)

Jika—

(a)

pihak berkuasa berwibawa mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan suatu kesalahan di bawah

Bahagian III atau IV;

(b)

suatu agensi penguat kuasa yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang di bawahnya suatu kesalahan berat yang berkaitan dilakukan mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini; atau

(c)

suatu agensi penguat kuasa mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan suatu kesalahan membiayai keganasan, atau suatu kesalahan di bawah seksyen 4A atau

Bahagian IVA, VIA atau VIB, pihak berkuasa berwibawa itu atau agensi penguat kuasa yang berkaitan hendaklah menyebabkan suatu penyiasatan dibuat dan bagi maksud itu boleh menjalankan semua kuasa penyiasatan yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

(2)

Pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengarahkan mana-mana orang supaya mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memudahkan penyiasatan di bawah subseksyen (1).

(3)

Pihak berkuasa berwibawa dan agensi penguat kuasa yang berkaitan hendaklah menyelaraskan dan bekerjasama dengan mana-mana agensi penguat kuasa lain di dalam dan di luar Malaysia, berkenaan dengan penyiasatan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing, atau mana-mana kesalahan membiayai

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

69

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram keganasan, atau mana-mana kesalahan di bawah seksyen 4A atau

Bahagian IVA, VIA atau VIB, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules