Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(a)
pihak berkuasa berwibawa mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan suatu kesalahan di bawah Bahagian
III atau IV;
(b)
suatu agensi penguat kuasa yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang di bawahnya suatu kesalahan berat yang berkaitan dilakukan mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini; atau
(c)
suatu agensi penguat kuasa mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan suatu kesalahan membiayai keganasan, atau suatu kesalahan di bawah seksyen 4A atau
Bahagian IVA,
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
pihak berkuasa berwibawa itu atau agensi penguat kuasa yang berkaitan hendaklah menyebabkan suatu penyiasatan dibuat dan bagi maksud itu boleh menjalankan semua kuasa penyiasatan yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
(2)
Pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengarahkan mana-mana orang supaya mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memudahkan penyiasatan di bawah subseksyen (1).
(3)
Pihak berkuasa berwibawa dan agensi penguat kuasa yang berkaitan hendaklah menyelaraskan dan bekerjasama dengan mana-mana agensi penguat kuasa lain di dalam dan di luar Malaysia, berkenaan dengan penyiasatan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing, atau mana-mana kesalahan membiayai keganasan, atau mana-mana kesalahan di bawah seksyen 4A atau
Bahagian IVA, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pelantikan pegawai penyiasat