Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 2

(1)

Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana kesalahan berat, kesalahan berat asing atau aktiviti haram sama ada dilakukan sebelum atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana harta, sama ada terletak di dalam atau di luar Malaysia.

(3)

Tiada apa jua pun dalam Akta ini boleh mengenakan apa-apa kewajipan atau memberikan apa-apa kuasa ke atas mana-mana mahkamah di dalam atau berkaitan dengan apa-apa prosiding di bawah

Akta ini terhadap seseorang bagi sesuatu kesalahan berat yang berkenaan dengannya dia telah disabitkan oleh suatu mahkamah sebelum tarikh permulaan kuat kuasa.

Tafsiran

Section 2 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001