Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 3

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“agensi penguat kuasa” termasuklah suatu badan atau agensi yang pada masa ini bertanggungjawab di Malaysia bagi penguatkuasaan undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan, pengesanan dan penyiasatan mana-mana kesalahan berat;

“akaun” termasuklah rekod mengenai apa-apa transaksi kewangan yang dikendalikan oleh mana-mana institusi pelapor yang disenaraikan dalam Jadual Pertama;

“aktiviti haram” ertinya—

(a)

apa-apa aktiviti yang merupakan mana-mana kesalahan berat atau mana-mana kesalahan berat asing; atau

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

11

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

(b)

apa-apa aktiviti yang bersifat sedemikian, atau yang berlaku dalam hal keadaan sedemikian, yang aktiviti itu mengakibatkan atau menyebabkan pelakuan mana-mana kesalahan berat atau mana-mana kesalahan berat asing, tidak kira sama ada aktiviti itu, keseluruhannya atau sebahagiannya, berlaku di dalam atau di luar Malaysia;

“Bank Negara Malaysia” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];

“benda” termasuklah material;

“ditentukan” ertinya ditentukan secara bertulis, dan kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara yang berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan dan untuk meminda apa-apa penentuan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan sesuatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam peraturan itu bagi orang atau golongan orang yang berlainan;

“dokumen”

mempunyai erti yang sama seperti dalam

Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“dokumen konstituen”, berhubung dengan sesuatu institusi, ertinya statut, piagam, memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuan, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau surat cara lain, yang di bawahnya atau dengannya institusi itu ditubuhkan dan struktur pengelolaan dan pentadbirannya dan ruang lingkup fungsi dan perniagaannya dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih;

“hasil daripada aktiviti haram” ertinya mana-mana harta, atau apa-apa kelebihan ekonomi atau keuntungan ekonomi daripada harta itu, di dalam atau di luar Malaysia—

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(a)

yang keseluruhannya atau sebahagiannya—

(i)

diperoleh atau didapati, secara langsung atau tidak langsung, oleh mana-mana orang daripada apa-apa aktiviti haram;

(ii)

diperoleh atau didapati daripada pelupusan atau urusan lain dengan harta yang disebut dalam subperenggan (i); atau

(iii)

diperoleh dengan menggunakan harta yang diperoleh atau didapati oleh mana-mana orang melalui mana-mana pelupusan atau urusan lain yang disebut dalam subperenggan (i) atau (ii); atau

(b)

yang, keseluruhannya atau sebahagiannya, disebabkan oleh apa-apa hal keadaan seperti sifat, nilai, lokasi atau tempat penemuannya, atau masa, cara atau tempat pemerolehannya, atau orang yang daripadanya harta itu diperoleh, atau perkaitannya dengan harta lain yang disebut dalam subperenggan (a)(i), (ii) atau (iii), boleh dengan semunasabahnya dipercayai adalah harta yang termasuk dalam ruang lingkup subperenggan (a)(i), (ii)

atau (iii);

“harta” ertinya—

(a)

tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak zahir, harta alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimanapun diperoleh; atau

(b)

dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang menjadi keterangan tentang hakmilik, atau kepentingan mengenai, aset itu, termasuk mata wang, kredit bank, deposit dan sumber kewangan yang lain, cek kembara, cek bank, kiriman wang, produk pasaran modal, draf dan surat kredit,

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

13

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram sama ada terletak di dalam atau di luar Malaysia, dan termasuklah kepentingan di sisi undang-undang atau ekuiti, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, dalam mana-mana harta itu;

“harta pengganas” mempunyai erti yang sama seperti dalam seksyen 130B Kanun Keseksaan [Akta 574];

“institusi kewangan” ertinya—

(a)

sesuatu bank berlesen, penanggung insurans berlesen dan bank pelaburan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];

(b)

sesuatu bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen, bank Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

(c)

sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi

Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

(d)

sesuatu pemegang lesen di bawah Akta Perniagaan

Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731];

(e)

seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah

*Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];

(f)

depositori pusat yang ditubuhkan di bawah Akta

Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 [Akta 453];

(g)

sesuatu pemegang lesen bank, pemegang lesen insurans, pemegang lesen sekuriti dan mana-mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];



*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280] dan Akta Perindustrian

Niaga Hadapan [Akta 499] yang berkuat kuasa pada 28 September 2007 kecuali Penggal 2 Bahagian VI–lihat subseksyen 381(2) Akta 671 dan P.U. (B) 143/2010 yang berkuat kuasa pada 1 April 2010.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(h)

sesuatu pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan mana-mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010

[Akta 705]; dan

(i)

seseorang yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 12A;

“institusi pelapor” ertinya mana-mana orang, termasuklah cawangan dan subsidiari di luar Malaysia orang itu, yang menjalankan apa-apa aktiviti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama;

“kenderaan” termasuklah mana-mana vesel, kereta api, kenderaan bermotor, pesawat udara dan apa-apa kaedah pengangkutan lain yang melaluinya orang atau barang boleh dibawa;

“kesalahan berat” ertinya—

(a)

mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual

Kedua;

(b)

percubaan untuk melakukan mana-mana kesalahan itu;

atau

(c)

persubahatan mana-mana kesalahan itu;

“kesalahan berat asing” ertinya suatu kesalahan—

(a)

terhadap undang-undang sesuatu Negara asing yang dinyatakan dalam suatu perakuan yang berupa sebagai dikeluarkan oleh atau bagi pihak kerajaan Negara asing itu; dan

(b)

yang terdiri daripada atau termasuk perbuatan atau aktiviti yang, sekiranya ia berlaku di Malaysia, akan merupakan suatu kesalahan berat;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

15

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

“kesalahan membiayai keganasan” ertinya mana-mana kesalahan di bawah seksyen 130N, 130O, 130P atau 130Q Kanun Keseksaan;

“kesalahan pengubahan wang haram” ertinya suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1);

“Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan” ertinya Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];

“material” termasuklah apa-apa buku, dokumen atau rekod lain dalam apa jua bentuk dan apa-apa bekas atau artikel yang berhubungan dengannya;

“Menteri Dalam Negeri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;

“Menteri Kewangan” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“Negara asing” ertinya mana-mana negara atau wilayah di luar

Malaysia;

“pelanggan” termasuklah klien;

“pengawal”, berhubung dengan sesuatu institusi, ertinya—

(a)

ketua pegawai eksekutif institusi itu atau pertubuhan perbadanan yang institusi itu merupakan subsidiari baginya;

(b)

seseorang, sama ada berseorangan atau dengan mana-mana sekutu—

(i)

mempunyai kepentingan dalam satu pertiga daripada syer mengundinya atau lebih;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(ii)

mempunyai kuasa untuk melantik, atau menyebabkan dilantik, majoriti daripada pengarahnya; atau

(iii)

mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, atau menyebabkan keputusan dibuat, berkenaan dengan perniagaan atau pentadbirannya;

“peralatan kesalahan” ertinya—

(a)

apa-apa benda yang digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana aktiviti haram; atau

(b)

apa-apa harta yang keseluruhannya atau sebahagiannya digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana aktiviti haram, sama ada benda atau harta itu terletak di dalam atau di luar Malaysia;

“perniagaan” ertinya—

(a)

mana-mana perniagaan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengadakan peruntukan bagi pendaftaran perniagaan;

(b)

suatu perbadanan yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah *Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan sekutu perbadanan itu; atau

(c)

apa-apa usaha niaga atau penglibatan dalam mana-mana tred, perdagangan, profesion, pekerjaan atau mana-mana aktiviti seumpamanya yang lain, sama ada atau tidak ia dijalankan bagi kelebihan kewangan atau keuntungan, dan sama ada atau tidak dijalankan secara tetap, berulang atau berterusan, dan termasuklah segala aset yang diperoleh daripada atau yang digunakan dalam atau bagi maksud menjalankan aktiviti perniagaan



*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

17

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram itu, dan segala kepentingan, hak dan tanggungan yang berbangkit daripada aktiviti perniagaan itu;

“pihak berkuasa berwibawa” ertinya orang yang dilantik di bawah subseksyen 7(1);

“premis” termasuklah—

(a)

sesuatu struktur (sama ada boleh alih atau tidak atau di luar pesisir atau tidak), bangunan, khemah, kenderaan, vesel, hoverkraf atau pesawat udara;

(b)

sesuatu tempat (sama ada dipagari atau tidak atau dibangunkan di atasnya atau tidak); dan

(c)

bahagian daripada mana-mana premis (termasuklah premis daripada jenis yang disebut dalam perenggan (a)

atau (b));

“produk pasaran modal” mempunyai erti yang sama seperti dalam

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

“proses” ertinya apa-apa saman, waran, perintah atau dokumen lain berkenaan dengan sesuatu perkara jenayah yang dikeluarkan—

(a)

daripada mana-mana mahkamah; atau

(b)

daripada mana-mana mahkamah suatu Negara asing, atau oleh mana-mana hakim, majistret atau pegawai mahkamah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“prosiding jenayah” ertinya perbicaraan terhadap seseorang bagi suatu kesalahan berat atau kesalahan berat asing, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan termasuklah apa-apa prosiding bagi menentukan sama ada seseorang yang tertentu patut dibicarakan bagi kesalahan itu;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

“saudara”, berhubung dengan seseorang, ertinya—

(a)

isteri atau suami orang itu;

(b)

adik atau abang atau kakak orang itu;

(c)

adik atau abang atau kakak isteri atau suami orang itu; atau

(d)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang itu;

“sekutu”, berhubung dengan seseorang, ertinya—

(a)

mana-mana orang yang merupakan penama atau pegawai orang itu;

(b)

mana-mana orang yang menguruskan hal ehwal orang itu;

(c)

mana-mana firma yang orang itu, atau mana-mana penamanya, menjadi pekongsinya atau orang yang bertanggungjawab baginya atau yang mengawal perniagaannya atau hal ehwalnya;

(d)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta

Syarikat 2016, yang orang itu, atau mana-mana penamanya, menjadi pengarahnya atau bertanggungjawab baginya atau mengawal perniagaan atau hal ehwalnya, atau yang dalamnya orang itu, bersendirian atau bersama dengan mana-mana penamanya, mempunyai kepentingan mengawal, atau syer yang nilainya berjumlah tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada modal terbitan keseluruhan perbadanan itu; atau

(e)

pemegang amanah mana-mana amanah, jika—

(i)

amanah itu telah diwujudkan oleh orang itu; atau



*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

19

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

(ii)

nilai keseluruhan aset yang disumbangkan oleh orang itu kepada amanah itu pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas amanah itu diwujudkan, berjumlah, pada bila-bila masa, tidak kurang daripada dua puluh peratus daripada keseluruhan nilai aset amanah itu;

“Suruhanjaya Sekuriti” ertinya Suruhanjaya Sekuriti yang ditubuhkan di bawah *Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498];

“tersusut nilai”, berhubungan dengan mana-mana harta, ertinya keseluruhan atau sebahagian daripada harta itu dibelanjakan, digunakan, dibinasakan, atau dikenakan apa-apa urusan, proses atau perbuatan lain, sehingga harta itu tidak lagi wujud, atau dikurangkan nilai atau saiznya, atau diubah sifatnya;

“transaksi” termasuklah suatu perkiraan untuk membuka suatu akaun yang melibatkan dua orang atau lebih dan apa-apa transaksi yang berkaitan antara mana-mana orang yang berkenaan itu dengan orang lain;

“urusan”, berhubung dengan mana-mana harta, termasuklah—

(a)

menerima atau memperoleh harta itu;

(b)

merahsiakan atau menyembunyikan harta itu (sama ada dengan merahsiakan, atau menyembunyikan sifat, sumber, lokasi, pelupusan, pergerakan atau pemunyaannya atau apa-apa hak berkenaan dengannya atau selainnya);

(c)

melupuskan atau mengubah harta itu;

(d)

membawa harta itu ke dalam atau mengalihkan harta itu dari Malaysia;



*CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498]. Tajuk ringkas ditukar oleh seksyen 2 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015 [Akta A1499] yang berkuat kuasa pada 15 September 2015–lihat P.U. (B) 369/2015.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(e)

menggunakan harta itu untuk meminjam wang, atau sebagai cagaran (sama ada melalui gadaian, gadai janji atau sandaran atau selainnya); atau

(f)

jika suatu hutang kena dibayar kepada orang yang memegang harta itu, membuat bayaran kepada mana-mana orang untuk mengurangkan amaun hutang itu.

(2)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

sesuatu sebutan tentang sesuatu Negara asing termasuklah sebutan tentang—

(i)

sesuatu wilayah Negara asing itu; dan

(ii)

sesuatu kapal atau pesawat udara yang dipunyai atau yang didaftarkan di Negara asing itu; dan

(b)

sesuatu sebutan tentang undang-undang sesuatu Negara asing termasuklah sebutan tentang undang-undang yang sedang berkuat kuasa di mana-mana bahagian Negara asing itu.

Section 3 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001