Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(a)
memberhentikan, memasuki, menaiki, memeriksa, menahan dan menggeledah apa-apa kenderaan bagi apa-apa harta, dokumen atau maklumat;
(b)
memasuki, memeriksa dan menggeledah mana-mana premis yang dipunyai oleh atau di dalam pemilikan atau kawalan orang itu atau pekerjanya, dan dalam hal suatu badan korporat, pengarah atau pengurusnya bagi apa-apa harta, dokumen atau maklumat;
(c)
memecah buka, memeriksa dan menggeledah apa-apa barang, bekas atau wadah yang dijumpai di dalam mana-mana premis atau kenderaan yang digeledah;
(d)
menahan, mengambil milik, dan mengalihkan dari premis atau kenderaan itu apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang dijumpai di dalam premis, kenderaan, barang, bekas atau wadah itu, dan menahannya selama apa-apa tempoh yang didapatinya perlu;
(e)
memeriksa, membuat salinan atau mengambil petikan daripada mana-mana dokumen atau maklumat yang ditahan sedemikian;
(f)
memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis atau kenderaan itu, jika pegawai penyiasat itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa orang itu mempunyai pada dirinya apa-apa harta, dokumen atau maklumat, termasuklah dokumen persendirian, yang pada pendapat pegawai penyiasat itu perlu bagi maksud
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
penyiasatan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan menahan apa-apa benda yang dijumpai pada orang itu.
(2)
Seseorang pegawai penyiasat boleh, jika perlu berbuat demikian—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis atau kenderaan itu dan memasuki premis atau kenderaan itu;
(b)
memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penahanan atau pengalihan itu sebagaimana dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau
(c)
menahan mana-mana orang yang dijumpai di premis itu, atau di dalam kenderaan itu, sehingga penggeledahan itu selesai.
(2A)
Jika seseorang pegawai penyiasat mendapati bahawa oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya adalah tidak praktik atau adalah selainnya tidak wajar untuk mengalihkan apa-apa benda yang ditahan olehnya pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, dia boleh, dengan apa-apa cara, mengelak benda itu di dalam premis, kenderaan, barang, bekas atau wadah yang di dalamnya ia dijumpai, dan adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang tanpa kuasa di sisi undang-undang untuk memecahkan, mengubah atau merosakkan lak itu atau mengalihkan benda itu atau mencuba untuk berbuat sedemikian.
(3)
Seseorang pegawai penyiasat boleh mengambil milik, dan menahan selama apa-apa jangka masa yang difikirkannya perlu, apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang dikemukakan kepadanya dalam perjalanan urusan penyiasatannya atau didapati pada orang yang sedang diperiksa olehnya.
(4)
Seseorang pegawai penyiasat, semasa menjalankan penyiasatan atau pemeriksaannya, hendaklah—
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
63
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
(a)
menyediakan dan menandatangani suatu senarai tiap-tiap harta, dokumen atau maklumat yang ditahan; dan
(b)
menyatakan dalam senarai itu lokasi di mana, atau orang yang padanya, harta, dokumen atau maklumat itu dijumpai.
(5)
Penghuni premis yang dimasuki dalam penyiasatan, atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah dibenarkan hadir semasa penggeledahan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan di bawah subseksyen (4) hendaklah diserahkan kepada orang itu atas permintaannya.
Kuasa untuk memeriksa orang