Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(2)
Seseorang pegawai penyiasat boleh memerintahkan, secara lisan atau bertulis, mana-mana orang yang dipercayainya mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu—
(a)
hadir di hadapannya bagi pemeriksaan;
(b)
mengemukakan di hadapannya apa-apa harta, dokumen atau maklumat; atau
(c)
memberinya pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar yang menyatakan apa-apa maklumat yang dikehendakinya.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
(3)
Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (2)(a) hendaklah—
(a)
hadir bagi pemeriksaan mengikut terma perintah itu, dan hendaklah terus hadir dari hari ke hari jika diarahkan sedemikian sehingga pemeriksaan itu selesai; dan
(b)
semasa pemeriksaan itu, menzahirkan segala maklumat yang diketahuinya, atau yang tersedia untuknya, berkenaan dengan perkara berhubung dengannya dia diperiksa, dan menjawab dengan benar dan setakat yang dia tahu dan percaya apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa jawapan itu dapat menunjukkan bahawa dia atau isteri atau suaminya bersalah.
(4)
Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (2)(c) hendaklah, dalam pernyataannya, memberikan dan menzahirkan dengan sebenarnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah perintah itu yang diketahuinya, atau yang tersedia untuknya, atau yang dapat diperolehinya, dan tidak boleh enggan memberikan atau menzahirkan maklumat itu atas alasan bahawa maklumat itu dapat menunjukkan bahawa dia atau isteri atau suaminya bersalah.
(5)
(Dipotong oleh Akta A1467).
(6)
Seseorang pegawai penyiasat yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (2) hendaklah memberitahu orang itu terlebih dahulu mengenai peruntukan subseksyen (3) dan (4), mengikut kehendak keadaan.
(7)
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah perenggan (2)(a) hendaklah diubah ke dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya—
(a)
selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
65
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
(b)
selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
(8)
Mana-mana orang yang—
(a)
tidak hadir di hadapan seseorang pegawai penyiasat sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (2)(a);
(b)
enggan menjawab apa-apa soalan yang ditujukan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah subseksyen (3); atau
(c)
memberi seseorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir matan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.
Pemeriksaan ke atas seseorang