Malaysia legislation

Section 34

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 34

Mana-mana orang yang—

(a)

enggan memberi mana-mana pegawai penyiasat akses kepada mana-mana premis atau kenderaan atau enggan membenarkan dirinya diperiksa;

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melambat-lambatkan seseorang pegawai penyiasat masuk sedangkan dia berhak untuk masuk;

(c)

tidak mematuhi apa-apa permintaan sah mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kewajipannnya di bawah Bahagian ini;

(d)

enggan memberi seseorang pegawai penyiasat apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang mungkin semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia mempunyai kuasa untuk memberikannya;

(e)

tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang pegawai penyiasat, apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang dikehendaki oleh seseorang pegawai penyiasat;

(f)

menyelamatkan atau cuba untuk menyelamatkan apa-apa benda yang telah ditahan dengan sewajarnya;

(g)

memberi seorang pegawai penyiasat sebagai benar maklumat yang dia tahu atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu; atau

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

67

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

(h)

sebelum atau selepas apa-apa penggeledahan atau penahanan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penahanannya, atau pengambilan harta, dokumen atau maklumat itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

Pemberian maklumat

Section 34 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001