Malaysia legislation

Section 35

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 35

(a)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai penyiasat sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini atau mana-mana undang-undang subsidiari yang dibuat di bawahnya dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu;

atau

(b)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau mana-mana perkara lain yang mungkin menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu,

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikan suatu kesalahan jika seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a)

kepada kliennya atau wakil kliennya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada klien itu dalam menjalankan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

(b)

kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, mana-mana prosiding undang-undang.

(3)

Subseksyen (2) tidak terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk mencapai apa-apa maksud yang salah di sisi undang-undang.

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, adalah suatu pembelaan jika dibuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) itu mungkin menjejaskan penyiasatan itu; atau

(b)

dia mempunyai kuasa di sisi undang-undang atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu.

(5)

Seseorang pegawai penyiasat atau orang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa jua yang telah dilakukan olehnya semasa bertindak berkaitan dengan penguatkuasaan, atau cadangan penguatkuasaan, apa-apa peruntukan

Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berhubung dengan suatu kesalahan berat.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

69

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

Kehendak supaya menyediakan terjemahan

Section 35 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001