Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 37

(2)

Seseorang pegawai penyiasat boleh memberikan kebenaran kepada mana-mana orang untuk memeriksa harta, dokumen atau maklumat yang ditahan atau diambil milik oleh pegawai penyiasat itu di bawah subseksyen (1) jika orang itu berhak untuk memeriksa harta, dokumen atau maklumat itu di bawah Akta ini.

(3)

Seseorang yang—

(a)

tidak menyerahkan apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang dikehendaki oleh seseorang pegawai penyiasat; atau

(b)

menghalang atau menggalang seseorang pegawai penyiasat semasa menjalankan apa-apa kuasanya di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

Penahanan harta, dokumen atau maklumat