Seksyen 36
Kehendak supaya menyediakan terjemahan
Jika seseorang pegawai penyiasat menjumpai, menahan atau mengambil milik apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang, keseluruhannya atau sebahagiannya, dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, pegawai penyiasat itu boleh, secara lisan atau bertulis, menghendaki orang yang memiliki, menjaga atau mengawal harta, dokumen atau maklumat itu supaya memberi pegawai penyiasat itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh pegawai penyiasat itu.
(2)
Tiada seorang pun dengan disedarinya boleh mengemukakan terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukan suatu terjemahan dokumen itu yang tepat, benar dan betul.
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak dalam subseksyen (1) atau melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.
(4)
Jika orang yang dikehendaki supaya memberikan terjemahan di bawah subseksyen (1) bukan orang yang disyaki telah melakukan kesalahan, pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membayarnya fi yang munasabah dan membayar balik kepada orang itu apa-apa belanja yang munasabah yang telah dilakukan olehnya pada memberikan terjemahan itu.