Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
(a)
suatu penyiasatan berkenaan dengan sesuatu aktiviti haram telah dimulakan terhadap orang itu; dan
(b)
sama ada—
(i)
agensi penguat kuasa itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
kesalahan membiayai keganasan telah atau sedang atau akan dilakukan oleh orang itu; atau
(ii)
agensi penguat kuasa itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa harta itu ialah hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan.
(2)
Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh termasuk—
(a)
suatu perintah untuk mengarahkan supaya harta, atau mana-mana bahagian harta itu yang ditentukan dalam perintah itu, tidak dilupuskan, atau selainnya diperlakukan, oleh mana-mana orang, kecuali mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa hal keadaan, jika ada, yang ditentukan dalam perintah itu;
(b)
suatu perintah bagi memberi kuasa mana-mana pegawainya untuk mengambil jagaan dan kawalan harta itu, atau mana-mana bahagian harta itu yang ditentukan dalam perintah itu jika agensi penguat kuasa itu berpuas hati bahawa hal keadaan itu memerlukan yang sedemikian;
(c)
jika jagaan dan kawalan harta itu diambil di bawah perenggan (b), suatu perintah bagi memberi kuasa mana-mana pegawainya untuk menjual mana-mana harta alih yang dibekukan melalui lelongan awam atau mengikut apa-apa cara lain yang praktik jika agensi penguat kuasa itu berpendapat bahawa harta itu mudah rosak atau merosot;
(d)
suatu perintah bagi memberi kuasa mana-mana pegawainya untuk memegang hasil jualan itu, selepas memotong daripadanya kos dan perbelanjaan penyenggaraan dan penjualan harta yang dijual di bawah perenggan (c); dan
(e)
suatu perintah tentang cara harta itu hendaklah ditadbirkan atau diuruskan.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
75
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
(3)
Dalam membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), agensi penguat kuasa itu boleh memberikan arahan kepada orang yang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu yang berhubungan dengan pelupusan harta itu bagi maksud—
(a)
menentukan apa-apa pertikaian tentang pemunyaan atau kepentingan lain mengenai harta itu atau mana-mana bahagiannya;
(b)
pentadbirannya yang wajar dalam tempoh perintah itu;
(c)
pembayaran kos orang itu bagi membela dirinya dalam prosiding jenayah terhadapnya.
(4)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengarahkan supaya orang yang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu—
(a)
dilarang, sama ada oleh dirinya sendiri atau oleh penama, saudara, pekerja atau ejennya, menjual, melupuskan, menggadaikan, menyandarkan, memindahkan hak milik atau selainnya memperlakukan atau menghabiskan hartanya;
(b)
tidak memindahkan dari atau menghantar keluar dari
Malaysia apa-apa wang atau hartanya; dan
(c)
tidak meninggalkan atau dibenarkan untuk meninggalkan
Malaysia dan hendaklah menyerahkan mana-mana dokumen perjalanan kepada Ketua Pengarah Imigresen dalam masa satu minggu dari penyampaian perintah itu.
(5)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah terhenti berkuat kuasa selepas sembilan puluh hari dari tarikh perintah itu, jika orang yang terhadapnya perintah itu telah dibuat tidak dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
suatu kesalahan membiayai keganasan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6)
Sesuatu agensi penguat kuasa tidak bertanggungan bagi apa-apa ganti rugi atau kos yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung daripada pembuatan sesuatu perintah di bawah seksyen ini kecuali jika dapat dibuktikan bahawa perintah di bawah subseksyen (1)
itu telah tidak dibuat dengan suci hati.
(7)
Jika sesuatu agensi penguat kuasa mengarahkan supaya harta yang telah dibekukan ditadbirkan dan diurus, orang yang telah dipertanggungkan dengan pentadbiran harta itu tidak bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan harta itu atau bagi kos prosiding yang diambil untuk membuktikan suatu tuntutan ke atas harta itu atau suatu kepentingan mengenai harta itu melainkan jika mahkamah yang di hadapannya tuntutan itu dibuat mendapati bahawa orang yang dipertanggungkan dengan pentadbiran harta itu cuai berkenaan dengan pentadbiran harta itu.
(8)
Agensi penguat kuasa yang melaksanakan mana-mana perintah untuk membekukan mana-mana harta di bawah seksyen ini hendaklah menghantar suatu salinan perintah itu dan senarai harta yang dibekukan kepada Pendakwa Raya dengan segera.
(9)
Jika harta yang dibekukan itu berada dalam milikan, jagaan atau kawalan suatu institusi kewangan, agensi penguat kuasa hendaklah memberitahu pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan (jika ada), mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perintah itu.
(10)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi sesuatu perintah agensi penguat kuasa yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima kali ganda jumlah atau nilai harta yang dibekukan itu pada masa harta itu dibekukan atau lima juta ringgit, yang mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
77
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
Pengubahan atau pembatalan perintah untuk membekukan harta