Malaysia legislation

Section 44A

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 44A

(a)

jika seorang pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang mengeluarkan perintah itu berpuas hati bahawa harta itu tidak tertakluk pada penyitaan di bawah Akta ini; atau

(b)

atas permohonan orang yang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(a), jika seorang pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang mengeluarkan perintah itu berpuas hati bahawa harta itu tidak tertakluk pada penyitaan di bawah Akta ini, dia boleh mengubah perintah itu mengikut perenggan (4)(a) atau membatalkan perintah itu.

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(b), sesuatu permohonan hendaklah dibuat secara bertulis kepada agensi penguat kuasa itu dengan menyatakan alasan yang berdasarkannya pengubahan atau pembatalan perintah itu diminta dan, apabila diterima, hendaklah diuruskan oleh seorang pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang mengeluarkan perintah itu.

(4)

Setelah menimbangkan suatu permohonan di bawah perenggan (1)(b), pegawai yang berpangkat lebih tinggi yang berkenaan boleh—

(a)

mengubah perintah itu berkenaan dengan—

(i)

tempoh perintah itu;

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(ii)

pembayaran hutang yang dilakukan dengan suci hati dan yang kena dibayar kepada pemiutang sebelum perintah di bawah seksyen 44 itu dibuat; atau

(iii)

pengadaan suatu penguntukan bagi sara hidup dan perbelanjaan lain yang munasabah orang itu, keluarganya atau pekerjanya;

(b)

membatalkan perintah itu; atau

(c)

menolak permohonan itu atas alasan bahawa terdapat syak yang munasabah bahawa harta itu ialah—

(i)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(ii)

harta pengganas;

(iii)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(iv)

peralatan kesalahan.

(5)

Jika pegawai yang berpangkat lebih tinggi yang berkenaan mengubah atau membatalkan perintah itu di bawah subseksyen (2) atau

(4)

, dia hendaklah melepaskan harta itu atau mana-mana bahagiannya yang berkaitan kepada orang yang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu.

(6)

Pegawai yang melaksanakan mana-mana pelepasan mana-mana harta di bawah seksyen ini hendaklah membuat suatu rekod secara bertulis berkenaan dengan pelepasan itu yang menyatakan secara terperinci dalam rekod itu hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dengan segera.

(7)

Pelepasan mana-mana harta di bawah seksyen ini tidak menjejaskan kuasa Pendakwa Raya di bawah Akta ini untuk

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

79

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram kemudiannya menyita harta itu jika Pendakwa Raya berpuas hati bahawa harta itu ialah—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan.

Penyitaan harta alih

Section 44A — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001