Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
(2)
Jika tidak dapat dilaksanakan, atau selainnya tidak wajar, untuk memindahkan apa-apa harta alih di bawah subseksyen (1), pegawai penyiasat itu boleh meninggalkannya di premis tempat harta itu disita di bawah jagaan mana-mana orang yang ditentukan olehnya bagi maksud itu.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), jika mana-mana harta alih, termasuk mana-mana harta alih yang disebut dalam subseksyen (6), telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai penyiasat, selain pegawai penyiasat yang melaksanakan penyitaan itu, setelah mendapat kebenaran daripada seorang pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, boleh—
(a)
memulangkan buat sementara harta alih itu kepada pemunyanya, atau kepada orang yang daripada milikan,
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
81
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram jagaan atau kawalannya harta itu telah disita, atau kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan, dan tertakluk dalam apa-apa jua hal, kepada pemberian jaminan yang mencukupi bagi memastikan bahawa harta alih itu akan diserahkan apabila tuntutan dibuat oleh pegawai penyiasat yang membenarkan pelepasan itu dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi; atau
(b)
memulangkan harta alih itu kepada pemunyanya, atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu telah disita, atau kepada orang yang berhak kepada, harta alih itu, dengan memberikan kebebasan kepada orang yang kepadanya harta itu telah dipulangkan itu untuk melupuskan harta alih itu, dan pemulangan itu dijadikan tertakluk pada pemberian jaminan yang amaunnya tidak kurang daripada amaun yang merupakan nilai pasaran terbuka harta itu pada tarikh harta itu dipulangkan sedemikian.
(4)
Jika mana-mana orang yang kepadanya harta alih dipulangkan buat sementara di bawah perenggan (3)(a) tidak menyerahkan harta alih itu apabila dituntut atau tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan itu—
(a)
jaminan yang diberikan berkenaan dengan harta alih itu hendaklah terlucut hak; dan
(b)
orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah jaminan yang diberikan olehnya atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
(5)
Jika suatu perintah pelucuthakan dibuat oleh mahkamah berkenaan dengan harta alih yang dipulangkan di bawah perenggan (3)(b), pelucuthakan itu hendaklah dilaksanakan dengan melucuthakkan jaminan yang diberikan oleh orang yang kepadanya harta itu telah dipulangkan.
(6)
Apabila apa-apa harta alih yang disita di bawah Akta ini terdiri daripada wang, produk pasaran modal atau apa-apa hak dalam tindakan yang berada dalam milikan atau di bawah jagaan atau kawalan mana-mana orang selain orang terhadapnya pendakwaan akan dibuat, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai penyiasat yang menyampaikan pada orang itu suatu perintah—
(a)
yang melarang orang itu menggunakan, memindahkan, atau membuat urusan tentang harta itu; atau
(b)
menghendaki orang itu menyerahkan harta itu kepada seorang pegawai penyiasat mengikut cara dan dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu.
(7)
Jika apa-apa harta alih yang disita mudah reput atau menjadi rosak, atau merupakan harta yang tidak dapat disenggara tanpa kesukaran, atau tidak praktik untuk disenggara dan tidak dapat diuruskan di bawah subseksyen (3), seorang pegawai penyiasat boleh menjual atau menyebabkan dijual harta itu dan hendaklah memegang hasil jualan itu, selepas ditolak kos dan perbelanjaan penyenggaraan dan penjualan harta alih itu, sementara menanti keputusan apa-apa prosiding di bawah Akta ini.
(8)
Mana-mana perintah penyitaan yang dibuat di bawah Akta ini boleh pada bila-bila masa diubah atau dibatalkan oleh agensi penguat kuasa itu dengan persetujuan Pendakwa Raya dan Pendakwa Raya boleh memberi apa-apa arahan yang bersifat sampingan atau berbangkit, atau yang perlu, bagi menguatkuasakan, atau bagi melaksanakan, pengubahan atau pembatalan itu.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
83
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
Peguam bela dan peguam cara hendaklah menzahirkan maklumat