Malaysia legislation

Section 45

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 45

(2)

Suatu senarai semua harta alih yang disita menurut subseksyen (1) dan tempat harta itu telah masing-masingnya dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai penyiasat yang melaksanakan penyitaan itu dan ditandatangani olehnya.

(3)

Suatu salinan senarai yang disebut dalam subseksyen (2)

hendaklah disampaikan dengan secepat mungkin kepada pemunya harta itu atau kepada orang yang daripadanya harta itu telah disita.

(3A)

Walau bagaimanapun tiada penyampaian di bawah subseksyen (3) dikehendaki jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini diniatkan untuk diambil, atau dalam kehadiran pemunya harta itu atau ejennya, atau dalam hal suatu kapal atau pesawat udara, dalam kehadiran nakhoda atau juruterbang, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3B)

Pegawai penyiasat yang melaksanakan penyitaan itu hendaklah menghantar suatu salinan senarai harta alih yang disita kepada Pendakwa Raya dengan segera.

(4)

Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana harta alih yang boleh disita di bawah subseksyen (1) yang berada dalam milikan, jagaan atau kawalan sesuatu institusi kewangan.

Peruntukan lanjut yang berhubungan dengan penyitaan harta alih

Section 45 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001