Malaysia legislation

Section 48

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 48

(2)

Seseorang pegawai penyiasat yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh, berhubung dengan institusi kewangan yang berkenaan dengannya dia telah diberi kuasa sedemikian—

(a)

memeriksa dan mengambil salinan apa-apa buku, dokumen atau maklumat yang dipunyai oleh atau berada

84 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

dalam milikan, jagaan atau kawalan institusi kewangan itu;

(b)

memeriksa dan mengambil salinan mana-mana akaun syer, akaun pembelian, akaun perbelanjaan atau apa-apa akaun lain mana-mana orang yang disimpan di institusi kewangan itu;

(c)

memeriksa kandungan mana-mana peti simpan selamat di institusi kewangan itu; atau

(d)

meminta apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan mana-mana dokumen, maklumat, akaun atau barang yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c).

(3)

Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (2), seseorang pegawai penyiasat yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh mengambil milik apa-apa akaun, buku, dokumen, maklumat, hakmilik, produk pasaran modal atau wang tunai yang dia mempunyai akses kepadanya di bawah subseksyen itu jika pada pendapat pegawai itu—

(a)

pemeriksaannya, penyalinannya, atau pengambilan petikan daripadanya, tidak dapat semunasabahnya dibuat tanpa mengambil miliknya;

(b)

akaun, buku, dokumen, maklumat, hakmilik, atau wang tunai itu mungkin diganggu atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil miliknya; atau

(c)

akaun, buku, dokumen, maklumat, hakmilik, atau wang tunai itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1), sesuatu kesalahan membiayai keganasan atau sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(4)

Mana-mana orang yang dengan sengaja tidak atau enggan menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa akaun, buku, dokumen, maklumat atau barang di bawah subseksyen (2)

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

85

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram kepada pegawai penyiasat yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

(5)

Jika mana-mana orang menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa akaun, buku, dokumen, maklumat atau barang kepada seseorang pegawai penyiasat yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1), baik orang yang mula-mula disebut itu mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihaknya atau atas arahannya atau yang sebagai ejen atau pegawainya orang yang mula-mula disebut itu bertindak tidak boleh, oleh sebab penzahiran atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, atau kepada apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang, atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.

Kuasa Pendakwa Raya untuk memperoleh maklumat

Section 48 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001