Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
(a)
mana-mana orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu;
(b)
mana-mana saudara atau sekutu orang yang disebut dalam perenggan (a); atau 86 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
(c)
mana-mana orang lain yang Pendakwa Raya mempunyai alasan untuk mempercayai berupaya untuk membantu dalam penyiasatan itu, untuk memberikan suatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar—
(aa) yang mengenal pasti tiap-tiap harta, sama ada alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dipunyai atau dimilikinya, atau yang mengenainya dia mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dan menyatakan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu diperoleh dan cara bagaimana harta itu diperoleh, sama ada dengan jalan apa-apa urus niaga, bekues, devis, pewarisan, atau apa-apa cara lain;
(bb) yang mengenal pasti tiap-tiap harta yang dihantar keluar dari Malaysia olehnya atau bagi pihaknya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu;
(cc)
yang menyatakan nilai anggaran dan tempat terletaknya setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan
(aa) dan (bb), dan jika mana-mana harta itu tidak dapat diketahui tempat letaknya, sebab mengapa;
(dd)
yang menyatakan berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (aa) dan (bb)
sama ada harta itu dipegang olehnya atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindahkan hakmiliknya, dijual kepada atau disimpan dengan mana-mana orang, sama ada harta itu telah tersusut nilainya sejak dia memperolehnya, dan sama ada harta itu telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat dipisahkan atau dibahagikan tanpa kesukaran;
(ee) yang menyatakan segala maklumat lain berhubung dengan hartanya, perniagaannya, pengembaraannya
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
87
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram atau kegiatannya yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan
(ff)
yang menyatakan segala punca pendapatannya, perolehannya atau hartanya.
(1A)
Sebagai tambahan, jika Pendakwa Raya berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat bahawa adalah perlu bagi maksud mana-mana penyiasatan di bawah Akta ini, Pendakwa Raya boleh melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang untuk memberikan apa-apa maklumat yang pada pendapat Pendakwa Raya adalah berguna bagi atau berkaitan dengan sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini dalam masa yang ditentukan olehnya berhubung dengan mana-mana orang, soalan atau perkara.
(2)
Seseorang pegawai mana-mana institusi kewangan, atau mana-mana orang yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan dan kawalan hal ehwal mana-mana institusi kewangan, hendaklah memberikan salinan semua akaun, buku, dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan mana-mana orang yang kepadanya notis boleh dikeluarkan di bawah seksyen ini.
(3)
Tiap-tiap orang yang kepadanya notis dihantar oleh Pendakwa
Raya di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, mematuhi terma notis itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, dan mana-mana orang yang dengan sengaja mengabaikan atau tidak mematuhi terma notis itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
(4)
Tiap-tiap orang yang kepadanya suatu notis telah dihantar oleh
Pendakwa Raya di bawah seksyen ini terikat di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat itu kepada Pendakwa Raya dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu dan untuk menyatakan yang benar dan hendaklah menzahirkan segala maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapatkan olehnya.
(5)
Jika mana-mana orang menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa akaun, buku, dokumen atau maklumat, sebagai jawapan kepada suatu notis di bawah seksyen ini, orang itu, ejennya atau pekerjanya, atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya atau atas arahannya, tidak boleh, semata-mata oleh sebab penzahiran atau pengemukaan itu, didakwa bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, atau apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.
(6)
Subseksyen (5) tidak menggalang, menghalang atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini atau pemberian maklumat palsu berhubung dengan apa-apa pernyataan dengan bersumpah atau berikrar yang diberikan kepada Pendakwa Raya menurut seksyen ini.
Penyitaan harta alih dalam institusi kewangan