Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
(a)
sedang dijalankan oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang terhadapnya pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan dicadangkan untuk dimulakan;
(b)
sedang dijalankan oleh atau bagi pihak seorang saudara atau seorang sekutu orang itu;
(c)
ialah suatu perniagaan yang orang itu, atau seorang saudara atau sekutunya, mempunyai kepentingan
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
93
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram sebanyak atau yang membawa hak tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada keseluruhan perniagaan itu;
atau
(d)
ialah suatu perniagaan yang mengenainya orang itu atau saudara atau sekutunya mempunyai kawalan pengurusan atau kawalan berkesan, sama ada secara perseorangan atau bersama, agensi penguat kuasa itu boleh menyita perniagaan itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini atau melalui suatu perintah bertulis—
(aa) mengarahkan takat dan cara bagaimana perniagaan itu boleh dijalankan;
(bb) menentukan mana-mana orang untuk mengawasi, mengarahkan atau mengawal perniagaan itu, termasuk akaunnya, atau menjalankan perniagaan itu atau apa-apa bahagian perniagaan itu yang ditentukan;
(cc)
mengarahkan supaya kesemua atau apa-apa perkadaran hasil atau keuntungan perniagaan itu dibayar kepada
Akauntan Negara dan disimpan olehnya sementara menanti arahan lanjut berkenaan dengannya dibuat oleh agensi penguat kuasa itu;
(dd)
melarang mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja atau mana-mana orang lain terlibat dalam apa-apa cara dalam perniagaan itu berkuat kuasa dari tarikh surat larangan itu; atau
(ee) mengarahkan supaya premis tempat perniagaan itu dijalankan ditutup dan, jika perlu atau suai manfaat, diletakkan di bawah kawalan atau jagaan.
94 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
(1A)
Pegawai penyiasat yang melaksanakan penyitaan itu hendaklah menghantar notis mengenai penyitaan itu kepada Pendakwa
Raya dengan segera.
(2)
Jika suatu perintah dibuat oleh sesuatu agensi penguat kuasa di bawah subseksyen (1), ia boleh memasukkan dalam perintah itu, atau boleh kemudiannya memberikan apa-apa arahan lanjut secara lisan atau bertulis yang bersampingan atau berdampingan, atau yang diperlukan, untuk memberikan kuat kuasa kepada, atau untuk menjalankan, perintah itu.
(3)
Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh pada bila-bila masa diubah atau dibatalkan oleh sesuatu agensi penguat kuasa dan jika ia telah mengubah atau membatalkan perintah itu, ia boleh memberikan apa-apa arahan yang bersampingan atau berdampingan, atau yang diperlukan, bagi memberikan kuat kuasa kepada, atau bagi menjalankan, perubahan atau pembatalan itu.
(4)
Tertakluk pada subseksyen (5), baik Kerajaan Persekutuan mahupun mana-mana orang tidaklah, berbangkit daripada apa-apa perintah di bawah subseksyen (1), bertanggungjawab bagi pembayaran apa-apa wang, dius, hutang, tanggungan atau caj yang kena dibayar kepada mana-mana orang berkenaan dengan perniagaan itu, atau berkenaan dengan mana-mana harta alih atau harta tak alih yang dipunyai, dimiliki, diduduki atau digunakan, oleh mana-mana orang berhubung dengan perniagaan itu.
(5)
Jika seseorang menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan itu menurut suatu perintah di bawah subseksyen (1), dia hendaklah bertanggungjawab bagi pembayaran gaji pekerjanya perniagaan itu yang terlibat dalam menjalankan apa-apa kerja berhubung dengan aktiviti itu bagi tempoh semasa orang itu menjalankan aktiviti itu, dan gaji itu hendaklah dibayar daripada keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti itu atau, jika tidak ada keuntungan sedemikian atau jika keuntungan itu tidak mencukupi, daripada aset dan harta perniagaan itu.
(6)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
95
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.
Tamat tempoh perintah penyitaan