Skip to content

Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

51. Penyitaan harta tak alih

Feedback & support
(1)

Jika Pendakwa Raya berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat bahawa apa-apa harta tak alih ialah—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4A(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad;

(b)

harta pengganas;

(ba)

harta pencambah;

100 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan,

Pendakwa Raya boleh dengan perintah mengarahkan supaya harta tak alih itu, keseluruhannya atau sebahagiannya, disita oleh pegawai penyiasat, dan Pendakwa Raya boleh mengubah atau membatalkan perintah itu.

(1A)

Jika apa-apa harta tak alih disita di bawah Akta ini, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan—

(a)

dengan pengeluaran suatu Notis Penyitaan oleh Pendakwa

Raya yang menyatakan di dalamnya butir-butir harta tak alih yang disita itu setakat yang butir-butir itu diketahuinya, dan melarang segala urusan tentang harta tak alih itu;

(b)

dengan menyampaikan suatu salinan Notis itu kepada pemunya atau orang yang mempunyai milikan, jagaan atau kawalan harta tak alih itu, jika diketahui;

(c)

dengan memaparkan, jika praktik, suatu salinan Notis itu pada suatu tempat yang mudah dilihat di harta tak alih itu;

dan

(d)

dengan menyampaikan suatu salinan Notis itu kepada

Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hakmilik, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Semenanjung Malaysia, atau kepada Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil

Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sabah, atau kepada Pengarah Tanah dan Ukur atau Pendaftar yang bertanggungjawab bagi hakmilik tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sarawak, bagi kawasan tempat terletaknya harta tak alih itu.

(2)

Pentadbir Tanah, Pemungut Hasil Tanah, Pengarah Tanah dan

Ukur, Pendaftar Hakmilik atau Pendaftar yang bertanggungjawab bagi hakmilik tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebut dalam subseksyen (1A) hendaklah dengan serta-merta apabila

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

101

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram disampaikan kepadanya Notis Penyitaan di bawah subseksyen itu mencatatkan terma Notis Penyitaan itu pada dokumen hak milik yang berkenaan dengan harta tak alih itu dalam Daftar di pejabatnya.

(3)

Jika suatu catatan tentang sesuatu Notis Penyitaan telah dibuat di bawah subseksyen (2), Notis itu hendaklah mempunyai kuat kuasa melarang segala urusan berkenaan dengan harta tak alih itu, dan selepas catatan itu telah dibuat tiada urusan berkenaan dengan harta tak alih itu boleh didaftarkan, tidak kira sama ada urusan itu dilaksanakan sebelum atau selepas pengeluaran Notis itu atau pembuatan catatan itu.

(4)

Subseksyen (3) tidak terpakai bagi sesuatu urusan yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai badan awam atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun lain.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) atau melakukan apa-apa perbuatan yang menghasilkan, atau menyebabkan, pelanggaran subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima kali ganda nilai harta yang berkenaan dengannya perintah Pendakwa Raya telah dilanggar, atau lima juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

(6)

Jika suatu Notis Penyitaan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1A), seseorang tuan punya berdaftar harta tak alih yang disita di bawah Notis itu, atau mana-mana orang lain yang mempunyai apa-apa kepentingan mengenai harta tak alih itu, yang tahu tentang

Notis itu, dan yang dengan disedarinya membuat apa-apa perjanjian dengan mana-mana orang untuk menjual, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan atau membuat urusan tentang, keseluruhan

102 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

atau sebahagian harta tak alih itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima kali ganda nilai harta itu atau lima juta juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules