Malaysia legislation

Section 55

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 55

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, jika—

98 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(aa) kesalahan itu telah dibuktikan terhadap tertuduh; atau

(bb) kesalahan itu tidak dibuktikan terhadap tertuduh tetapi mahkamah berpuas hati bahawa—

(i)

tertuduh bukan pemunya harta itu yang sebenar dan sah; dan

(ii)

tiada orang lain berhak kepada harta itu sebagai pembeli dengan suci hati dengan balasan berharga.

(2)

Jika kesalahan itu dibuktikan terhadap tertuduh tetapi harta yang disebut dalam subseksyen (1) telah dilupuskan, tersusut nilai atau tidak dapat dikesan, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya tertuduh membayar sebagai penalti suatu jumlah wang yang bersamaan dengan, pada pendapat mahkamah, nilai harta itu, dan apa-apa penalti sedemikian hendaklah boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia dan tidak tertakluk pada apa-apa tempoh had masa yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

(3)

Dalam menentukan sama ada harta itu ialah—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, mahkamah hendaklah menggunakan standard pembuktian yang dikehendaki dalam prosiding sivil.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

99

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

Pelucuthakan harta jika tiada pendakwaan

Section 55 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001