Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
(a)
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu;
(b)
harta pengganas;
(c)
hasil daripada aktiviti haram; atau
(d)
peralatan kesalahan.
(2)
Hakim yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah membuat suatu perintah bagi pelucuthakan harta itu jika dia berpuas hati—
(a)
bahawa harta itu ialah—
(i)
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;
(ii)
harta pengganas;
(iii)
hasil daripada aktiviti haram; atau
(iv)
peralatan kesalahan; dan 100 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
(b)
bahawa tiada pembeli suci hati dengan balasan berharga berkenaan dengan harta itu.
(3)
Apa-apa harta yang telah disita dan berkenaan dengannya tiada permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila tamat tempoh dua belas bulan dari tarikh penyitaannya, dilepaskan kepada orang yang daripadanya harta itu telah disita.
(4)
Dalam menentukan sama ada harta itu ialah—
(a)
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;
(b)
harta pengganas;
(c)
hasil daripada aktiviti haram; atau
(d)
peralatan kesalahan, mahkamah hendaklah menggunakan standard pembuktian yang dikehendaki dalam prosiding sivil.
Perintah pelucuthakan tidak terjejas oleh pembebasan