Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 5

(a)

jika orang itu melakukan apa-apa perbuatan yang melanggar subseksyen 4(1) dan penzahiran itu berhubung dengan perkiraan yang berkenaan, orang itu tidak melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen itu jika penzahiran itu dibuat—

(i)

sebelum orang itu melakukan perbuatan yang berkenaan, iaitu suatu perbuatan yang dilakukan dengan keizinan agensi penguat kuasa itu; atau

(ii)

selepas orang itu melakukan perbuatan itu, tetapi penzahiran itu dilakukan atas inisiatifnya sendiri dan dengan seberapa segera yang munasabah bagi orang itu melakukannya;

(b)

walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, penzahiran itu tidak boleh dianggap sebagai pelanggaran apa-apa sekatan ke atas penzahiran maklumat yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang, kontrak atau kaedah-kaedah kelakuan profesional; dan

(c)

orang itu tidaklah bertanggungan bagi ganti rugi bagi apa-apa kerugian yang timbul daripada—

(i)

penzahiran itu; atau

(ii)

apa-apa perbuatan yang telah dilakukan atau ditinggalkan berhubung dengan harta itu berbangkit daripada penzahiran itu.

(2)

Jika apa-apa maklumat berhubung dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini diterima oleh seorang pegawai pihak berkuasa berwibawa atau institusi pelapor, maklumat dan identiti orang yang

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

memberikan maklumat itu hendaklah menjadi rahsia antara pegawai itu dan orang itu dan segala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti orang itu dan segala hal keadaan lain berhubung dengan maklumat itu, termasuk tempat maklumat itu telah diberikan, tidak boleh dizahirkan kecuali bagi maksud subseksyen 8(1) atau seksyen 14.

(3)

Mana-mana orang yang dengan pengetahuan menzahirkan apa-apa maklumat palsu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Sekatan ke atas pendedahan penzahiran di bawah seksyen 5

Section 5 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001