Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 6

(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), tiada seorang pun boleh—

(a)

mendedahkan bahawa suatu penzahiran telah dibuat di bawah seksyen 5;

(b)

mendedahkan identiti mana-mana orang sebagai orang yang membuat penzahiran itu; atau

(c)

menjawab apa-apa soalan sekiranya jawapan itu boleh membawa kepada atau berkemungkinan boleh membawa kepada pendedahan apa-apa fakta atau perkara yang disebut dalam perenggan (a) atau (b).

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah—

(a)

bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau subseksyen (3) seksyen ini; atau

(b)

jika mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak itu tanpa mendedahkan penzahiran itu atau identiti mana-mana orang sebagai orang yang membuat penzahiran itu.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

25

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

(3)

Tiada seorang pun boleh menerbitkan secara bertulis atau menyiarkan apa-apa maklumat, termasuk laporan tentang apa-apa prosiding sivil atau jenayah tetapi tidak termasuk maklumat yang diterbitkan bagi maksud perangkaan oleh pihak berkuasa berwibawa atau Kerajaan, untuk mendedahkan atau menunjukkan—

(a)

bahawa suatu penzahiran telah dibuat di bawah seksyen 5;

atau

(b)

identiti mana-mana orang sebagai orang yang membuat penzahiran itu.

(4)

Subseksyen (3) tidak terpakai berkenaan dengan prosiding terhadap orang yang membuat penzahiran bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau subseksyen (1).

(5)

Jika maklumat diterbitkan atau disiarkan dengan melanggar subseksyen (3), setiap orang yang berikut, iaitu—

(a)

dalam hal sesuatu penerbitan sebagai sebahagian daripada suatu surat khabar atau penerbitan berkala, mana-mana tuan punya, pengarang, penerbit dan pengedar surat khabar atau penerbitan majalah itu;

(b)

dalam hal sesuatu penerbitan selain sebagai sebahagian daripada suatu surat khabar atau penerbitan berkala, mana-mana orang yang menerbitkannya dan mana-mana orang yang mengedarkannya;

(c)

dalam hal sesuatu penyiaran, mana-mana orang yang menyiarkan maklumat itu dan, jika maklumat itu terkandung dalam suatu rancangan, mana-mana orang yang memancarkan atau membekalkan rancangan itu dan mana-mana orang yang mempunyai fungsi berhubung dengan rancangan itu yang bersamaan dengan fungsi pengarang sesuatu surat khabar atau penerbitan berkala,

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

(6)

Dalam seksyen ini, “penyiaran” termasuklah mana-mana penyiaran melalui radio, filem, pita video, televisyen atau media elektronik.

Section 6 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001