Malaysia legislation

Section 66A

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 66A

Tafsiran berhubung dengan Bahagian ini

“entiti ditentukan” ertinya suatu entiti yang berkenaan dengannya suatu perintah di bawah seksyen 66B telah dibuat, atau disifatkan telah dibuat oleh sebab berkuat kuasanya subseksyen 66C(2), dan sedang berkuat kuasa;

“perbuatan keganasan” mempunyai erti yang sama seperti dalam seksyen 130B Kanun Keseksaan;

“pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan”

termasuklah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.

Section 66A — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001