Malaysia legislation
Section 66B
Seksyen 66B
Pengisytiharan entiti ditentukan
(a)
suatu entiti telah dengan disedarinya melakukan, mencuba untuk melakukan, mengambil bahagian dalam perlakuan
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
111
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram atau memudahkan perlakuan, suatu perbuatan keganasan;
atau
(b)
suatu entiti sedang dengan disedarinya bertindak bagi pihak, mengikut arahan, atau dengan bersekutu dengan, suatu entiti yang disebut dalam perenggan (a),
Menteri Dalam Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, mengisytiharkan entiti itu sebagai entiti ditentukan.
(2)
Dalam membuat perintah di bawah subseksyen (1), Menteri
Dalam Negeri boleh, bagi maksud memudahkan pelaksanaan perintah itu, berunding dengan pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan atau mana-mana badan atau agensi lain sebagaimana yang didapati patut oleh Menteri Dalam Negeri.
(3)
Jika suatu perintah di bawah subseksyen (1) telah dibuat—
(a)
tiada warganegara Malaysia dan tiada pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di Malaysia boleh di dalam atau di luar Malaysia dengan disedarinya mengadakan atau memungut melalui apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, harta dengan niat supaya harta itu digunakan, atau dengan menyedari bahawa harta itu akan digunakan, oleh suatu entiti ditentukan;
(b)
tiada warganegara Malaysia dan tiada pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di Malaysia boleh di dalam atau di luar Malaysia dengan disedarinya—
(i)
membuat urusan, secara langsung atau tidak langsung, mengenai apa-apa harta sesuatu entiti ditentukan, termasuk dana yang terbit atau dihasilkan daripada harta yang dipunyai atau dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh entiti itu;
112 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
(ii)
membuat atau memudahkan, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa transaksi yang berhubungan dengan sesuatu urusan yang disebut dalam subperenggan (i);
(iii)
mengadakan apa-apa perkhidmatan kewangan atau perkhidmatan lain yang berkaitan berkenaan dengan harta yang disebut dalam subperenggan (i); atau
(iv)
menyediakan apa-apa harta atau apa-apa perkhidmatan kewangan atau perkhidmatan lain yang berkaitan, secara langsung atau tidak langsung, bagi faedah sesuatu entiti ditentukan;
(c)
tiada warganegara Malaysia dan tiada pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di Malaysia boleh di dalam atau di luar Malaysia dengan disedarinya melakukan apa-apa jua yang menyebabkan, membantu atau menggalakkan, atau yang diniatkan untuk menyebabkan, membantu atau menggalakkan, apa-apa aktiviti yang dilarang oleh perenggan (a) atau (b);
(d)
tiap-tiap warganegara Malaysia dan tiap-tiap pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di Malaysia hendaklah dengan segera menzahirkan kepada Ketua Polis Negara—
(i)
kewujudan harta dalam milikan atau kawalannya yang warganegara atau pertubuhan perbadanan itu mempunyai sebab untuk mempercayai adalah dimiliki atau dikawal oleh atau bagi pihak suatu entiti ditentukan; dan
(ii)
maklumat mengenai sesuatu transaksi atau transaksi yang dicadangkan berkenaan dengan harta yang disebut dalam subperenggan (i).
(4)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
113
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(5)
Jika suatu perintah di bawah subseksyen (1) telah dibuat, segala hak dan kepentingan yang terjamin dan tidak terjamin yang dipegang oleh seseorang, selain suatu entiti ditentukan atau ejennya, mengenai harta yang dibekukan berhak mendapat susunan yang sama yang sepatutnya berhak didapati oleh hak dan kepentingan itu sekiranya harta itu tidak dibekukan.
(6)
Suatu entiti ditentukan boleh, dalam masa enam puluh hari dari penyiaran perintah itu dalam Warta, membuat permohonan secara bertulis kepada Menteri Dalam Negeri bagi pembatalan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau yang disifatkan di bawah seksyen 66C telah dibuat berkenaan dengan entiti itu.
(7)
Jika, atas suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (6), Menteri Dalam Negeri—
(a)
memutuskan bahawa terdapat alasan munasabah bagi pembatalan perintah itu, Menteri Dalam Negeri hendaklah membatalkan perintah itu dan menyiarkan suatu perintah pembatalan dalam Warta; atau
(b)
memutuskan bahawa tidak ada alasan munasabah bagi pembatalan perintah itu, Menteri Dalam Negeri hendaklah menolak permohonan itu dan hendaklah, dalam masa enam puluh hari dari penerimaan permohonan itu, memberitahu pemohon mengenai keputusannya.
(8)
Keputusan Menteri Dalam Negeri di bawah subseksyen (7)
adalah muktamad.
(9)
Melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu di bawah perenggan (7)(a), Menteri Dalam Negeri hendaklah mengkaji semula perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) tiap-tiap enam bulan untuk menentukan sama ada masih terdapat alasan yang munasabah,
114 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (1), bagi perintah itu terus terpakai bagi sesuatu entiti ditentukan, dan jika Menteri Dalam
Negeri menentukan bahawa tiada alasan munasabah sedemikian, dia hendaklah dengan segera membatalkan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) itu berkenaan dengan entiti ditentukan itu.
(10)
Sesuatu perintah di bawah seksyen ini tidak terpakai bagi dana dan aset kewangan atau sumber ekonomi lain atau mana-mana bahagian daripada dana, aset atau sumber itu yang ditentukan oleh
Menteri Dalam Negeri sebagai—
(a)
perlu bagi perbelanjaan asas, termasuklah pembayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadai janji, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans, dan caj kemudahan awam, atau secara eksklusif bagi pembayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik perbelanjaan yang dilakukan yang berkaitan dengan pemberian perkhidmatan undang-undang, atau fi atau caj perkhidmatan bagi pemegangan atau penyenggaraan biasa dana atau aset kewangan atau sumber ekonomi lain yang dibekukan itu; atau
(b)
perlu bagi perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh
Menteri Dalam Negeri, dan jika perintah sedemikian telah dibuat berhubung dengan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi sedemikian atau mana-mana bahagian daripadanya, Menteri Dalam Negeri boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang didapati patut olehnya, mengubah perintah itu dan membenarkan akses kepada dana, aset atau sumber itu.
(11)
Jika suatu perintah di bawah subseksyen (1) telah dibuat,
Menteri Dalam Negeri hendaklah mengarahkan pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan supaya mengeluarkan apa-apa perintah, arahan atau pekeliling kepada institusi yang dikawal selia atau diawasinya untuk memudahkan pelaksanaan perintah itu dan pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan itu hendaklah mematuhi arahan sedemikian.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
115
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
Perintah bagi melaksanakan langkah-langkah untuk menguatkuasakan resolusi Majlis Keselamatan