Malaysia legislation

Section 66E

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 66E

(2)

Sesuatu institusi yang kepadanya suatu arahan atau garis panduan dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi arahan atau garis panduan itu walau apa pun apa-apa kewajipan lain yang dikenakan ke atas institusi itu oleh mana-mana rukun undang-undang, undang-undang bertulis atau kontrak.

(3)

Sesuatu institusi tidak boleh, dalam menjalankan apa-apa perbuatan dengan mematuhi mana-mana arahan atau garis panduan yang dibuat di bawah subseksyen (1), dianggap sebagai melanggar mana-mana rukun undang-undang, undang-undang bertulis atau kontrak.

(4)

Sesuatu institusi tidak boleh menzahirkan mana-mana arahan atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) jika pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberitahu institusi itu bahawa pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpendapat bahawa penzahiran arahan atau garis panduan itu bertentangan dengan kepentingan awam.

(5)

Mana-mana institusi yang—

(a)

tidak atau enggan mematuhi sesuatu arahan atau garis panduan yang dikeluarkan kepadanya;

(b)

melanggar mana-mana arahan atau garis panduan yang dikeluarkan kepadanya; atau

(c)

menzahirkan sesuatu arahan atau garis panduan yang dikeluarkan kepadanya dengan melanggar subseksyen (4), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

(6)

Pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan itu hendaklah melaporkan kepada Menteri Dalam Negeri dan Menteri

Kewangan tindakan yang telah diambil di bawah seksyen ini tiap-tiap

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

119

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram enam bulan atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri masing-masing itu.

Kecualian bagi perintah yang dibuat di bawah Akta Kawalan

Pertukaran Wang 1953 dan Akta Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Labuan 1996

Section 66E — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001