Malaysia legislation

Section 66D

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 66D

(2)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan di dalamnya supaya melaporkan kepada pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan dan dalam apa-apa tempoh tetap yang dinyatakan dalam perintah itu—

(a)

sama ada mereka memiliki atau mengawal apa-apa harta yang disebut dalam subseksyen (1); dan

(b)

jika mereka memiliki atau mengawal apa-apa harta yang disebut dalam subseksyen (1)—

(i)

bilangan orang, kontrak atau akaun yang terlibat;

(ii)

nilai keseluruhan harta yang terlibat;

(iii)

cara bagaimana harta itu berada dalam milikan mereka; dan

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

117

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

(iv)

apa-apa butir lain yang dinyatakan dalam perintah itu.

(3)

Pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan hendaklah melaporkan dengan segera kepada Menteri Dalam Negeri jika mana-mana orang atau golongan orang di bawah kawal selia atau pengawasan mereka didapati memiliki atau mengawal harta pengganas atau harta yang dipunyai atau dikawal oleh atau bagi pihak mana-mana entiti ditentukan.

(4)

Tiada prosiding jenayah, sivil atau tatatertib boleh dibawa terhadap seseorang kerana membuat laporan dengan suci hati di bawah subseksyen (2).

(5)

Mana-mana orang yang melanggar apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(6)

Peruntukan seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa obligasi tentang kerahsiaan atau sekatan lain tentang penzahiran maklumat yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya.

Arahan dan garis panduan untuk menunaikan obligasi antarabangsa Kerajaan

Section 66D — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001