Malaysia legislation

Section 76

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 76

Bukti pensabitan dan pembebasan

(2)

Mahkamah itu hendaklah menerima sabitan yang disebut dalam subseksyen (1) sebagai muktamad melainkan jika—

(a)

sabitan itu tertakluk pada semakan atau rayuan yang belum lagi ditentukan;

(b)

sabitan itu telah dibatalkan atau diketepikan; atau

(c)

mahkamah mempunyai pandangan bahawa bertentangan dengan kepentingan keadilan atau kepentingan awam untuk menerima sabitan itu sebagai muktamad.

(3)

Seseorang yang dibuktikan telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah dianggap telah melakukan perbuatan itu dan telah mempunyai keadaan fikiran, jika ada, yang di bawah undang-undang membentuk kesalahan itu.

(4)

Apa-apa pensabitan atau pembebasan yang boleh diterima di bawah seksyen ini boleh dibuktikan—

128 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(a)

dalam hal sesuatu pensabitan atau pembebasan di hadapan suatu mahkamah di Malaysia, dengan suatu perakuan pensabitan atau pembebasan, yang ditandatangani oleh

Pendaftar mahkamah itu; atau

(b)

dalam hal suatu pensabitan atau pembebasan di hadapan suatu mahkamah asing, oleh suatu perakuan atau rekod rasmi yang diperakui yang dikeluarkan oleh mahkamah asing itu dan disahkan dengan sewajarnya dengan meterai rasmi seorang Menteri Negara asing itu, yang memberikan isi hal dan kesan pertuduhan itu dan pensabitan atau pembebasan itu.

Tanggung rugi

Section 76 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001