Malaysia legislation
Section 77
Seksyen 77
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang lain terhadap—
(a)
pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan;
(b)
mana-mana pengarah atau pegawai pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, sama ada atas sifat peribadinya atau sifat rasminya; atau
(c)
mana-mana orang yang bertindak menurut undang-undang dalam mematuhi mana-mana arahan, petunjuk atau perintah seseorang pengarah atau pegawai pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan, atau yang dimaksudkan untuk menurut atau
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
129
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram melaksanakan, Akta ini atau mana-mana perintah bertulis, arahan, petunjuk atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Penyampaian notis atau perintah