Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 8

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa pihak berkuasa berwibawa boleh menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini berkenaan dengan institusi pelapor yang menjalankan mana-mana atau kesemua aktiviti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama dan hendaklah—

(a)

menerima dan menganalisa maklumat dan laporan daripada mana-mana orang, termasuklah laporan yang dikeluarkan oleh institusi pelapor di bawah seksyen 14;

(b)

menghantar mana-mana laporan yang diterima di bawah perenggan (a) atau mana-mana maklumat yang didapati daripada mana-mana laporan itu kepada agensi penguat kuasa jika ia berpuas hati atau mempunyai sebab untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa sesuatu transaksi melibatkan hasil daripada aktiviti haram atau suatu kesalahan berat sedang, telah atau akan dilakukan; dan

(c)

menghantar apa-apa maklumat yang didapati daripada pemeriksaan yang dijalankan di bawah Bahagian IV kepada agensi penguat kuasa jika ia mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa sesuatu transaksi melibatkan hasil daripada aktiviti haram atau suatu kesalahan berat sedang, telah atau akan dilakukan.

(3)

Pihak berkuasa berwibawa boleh—

(a)

menyusun statistik dan rekod;



*CATATAN—Perenggan 14(b), seksyen 20 dan 24 digunakan bagi institusi yang menjalankan perniagaan perbankan, perniagaan syarikat kewangan, perniagaan perdagangan perbankan dan perniagaan perbankan

Islam yang berkuat kuasa pada 15 Januari 2002–lihat P.U. (A) 20/2002.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(b)

memberikan arahan kepada sesuatu institusi pelapor berhubung dengan apa-apa laporan atau maklumat yang diterima di bawah seksyen 14;

(c)

membuat syor kepada pihak berkuasa pengawasan, agensi penguat kuasa dan institusi pelapor yang berkaitan tentang perkara yang berbangkit daripada apa-apa laporan atau maklumat yang diterima di bawah subseksyen (2); dan

(d)

mewujudkan keperluan latihan dan memberikan latihan bagi mana-mana institusi pelapor berkenaan dengan transaksi dan obligasi pelaporan dan penyimpanan rekod mereka di bawah Bahagian IV.

Kebenaran untuk melepaskan maklumat

Section 8 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001