Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Tertakluk pada subseksyen (2), pihak berkuasa berwibawa boleh, secara bertulis, membenarkan mana-mana agensi penguat kuasa atau pegawainya yang ditentukan mendapat akses kepada maklumat yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa itu bagi maksud pelaksanaan fungsi agensi penguat kuasa itu.
(2)
Berkenaan dengan mana-mana maklumat yang diterima daripada sesuatu institusi pelapor yang menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan yang disenaraikan di bawah Bahagian II Jadual Pertama, pihak berkuasa berwibawa hendaklah membenarkan Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Labuan atau pegawainya yang ditentukan untuk mendapat akses kepada maklumat itu.
(3)
Pihak berkuasa berwibawa boleh, secara bertulis, membenarkan
Peguam Negara atau pegawainya yang ditentukan mendapat akses kepada maklumat yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa itu bagi maksud menguruskan permintaan suatu Negara asing berhubung dengan bantuan bersama dalam perkara jenayah.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
29
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
Penzahiran kepada pihak berkuasa yang bersamaan Negara asing