Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA ANGKATAN TENTERA 1972

Seksyen 3

(2)

Jika ternyata pada Menteri bahawa, oleh sebab perkhidmatan giat hampir benar berlaku atau telah wujud baru-baru ini, perlu sesuatu angkatan disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat, dia boleh mengisytiharkan supaya angkatan itu disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat bagi sesuatu tempoh, yang tidak melebihi tiga bulan, mulai dari tarikh permulaan kuat kuasa perisytiharan itu sebagaimana yang dinyatakan dalamnya.

(3)

Jika Menteri berpendapat perlu supaya tempoh yang dinyatakan dalam sesuatu perisytiharan di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut itu patut dilanjutkan atau, jika telah dilanjutkan dahulunya di bawah subseksyen ini, tempoh itu patut dilanjutkan lagi, dia boleh mengisytiharkan supaya tempoh tersebut dilanjutkan selama sesuatu tempoh, yang tidak melebihi tiga bulan, sebagaimana yang dinyatakan dalam perisytiharan di bawah subseksyen ini.

(4)

Jika, pada bila-bila masa mana-mana angkatan disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat menurut peruntukan seksyen ini yang disebut terdahulu, ternyata pada Menteri bahawa tidak perlu bagi angkatan itu dianggap sebagai masih dalam perkhidmatan giat, dia boleh mengarahkan supaya mulai dari tarikh permulaan kuat kuasa arahan itu angkatan itu hendaklah terhenti disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat; tetapi apa-apa arahan di bawah subseksyen ini tidak akan menyentuh apa-apa jua yang dilakukan menurut kuasa perisytiharan sebelum permulaan kuat kuasa arahan itu.

(5)

Menteri boleh mewakilkan kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (2) dan (3) kepada mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf dengannya yang memerintah sesuatu angkatan yang sedang berkhidmat di luar

Persekutuan:

Dengan syarat bahawa sebelum seseorang pegawai yang kepadanya telah diwakilkan oleh Menteri segala atau mana-mana kuasanya yang disebut terdahulu itu membuat suatu perisytiharan di bawah seksyen ini

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

dia hendaklah, melainkan jika dia berpuas hati bahawa Menteri tidak mungkin dihubungi dengan cukup cepat, mendapatkan keizinan Menteri terhadap perisytiharan itu; dan jika dalam apa-apa hal keizinan itu tidak dapat diperoleh sebelum sesuatu perisytiharan di bawah seksyen ini dibuat pegawai itu hendaklah melaporkan kepada Menteri dengan seberapa segera yang boleh bahawa perisytiharan itu telah dibuat.

Section 3 — ARMED FORCES ACT 1972 | mylaw.my