Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Pengerusi, atau jika dia tidak hadir, Timbalan Pengerusi, hendaklah mempengerusikan tiap-tiap mesyuarat Lembaga. Jika kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, ahli Lembaga hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk bertindak sebagai Pengerusi.
(3)
Mana-mana tiga orang ahli boleh meminta diadakan sesuatu mesyuarat Lembaga.
(4)
Empat orang ahli Lembaga yang hadir pada sesuatu mesyuarat
Lembaga mencukupkan kuorum.
(5)
Segala keputusan dalam sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah mengikut undi lebih suara pengarah yang hadir dan yang mengundi:
Dengan syarat bahawa jika atas sesuatu soal bilangan undi didapati sama banyaknya, Pengerusi atau orang yang mempengerusikan mesyuarat itu berhak memberikan suatu undi pemutus.
Jawatankuasa Lembaga