Malaysia legislation

Section 14C

of *AKTA BANK SIMPANAN NASIONAL 1974

Seksyen 14C

(a)

Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga Rayuan

Tatatertib dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan

(b)

dua orang anggota lain yang boleh terdiri daripada ahli

Lembaga Pengarah, pegawai atau apa-apa kombinasi ahli

Lembaga Pengarah dan pegawai yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib bagi maksud rayuan itu dengan syarat bahawa—

(i)

Ahli Lembaga Pengarah atau pegawai itu bukan anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya menjadi hal perkara rayuan itu; dan

(ii)

pegawai itu tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada pegawai yang membuat rayuan itu.

(2)

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan, anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.

(3)

Lembaga Rayuan Tatatertib boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

Surcaj

Section 14C — BANK SIMPANAN NASIONAL ACT 1974 | mylaw.my